FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>           Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang


GAMBAR KIRI : PEMANGKU Pengarah Hal Ehwal Syari'ah, KHEU, Awang Haji Saharuddin bin Haji Patra semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei. GAMBAR KANAN : PEMANGKU Pesuruhjaya Buruh, Awang Muhammad Saufi bin Awang Haji Ibrahim semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 


 November 1st, 2018  |  08:08 AM  |   850 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) terpilih untuk pengiktirafan program Penggredan Prestasi Sektor Awam melalui Penarafan Bintang (3PSA).

 

Menerusi penarafan bintang itu, jabatan amat berterima kasih atas pengiktirafan berkenaan yang mana penggredan di Jabatan Hal Ehwal Syariah berkaitan dengan perkhidmatan Khidmat Nasihat Keluarga yang mengendalikan Kursus Pra-Nikah bagi bakal-bakal pengantin, taklimat atau kaunseling (khidmat nasihat) bagi pemohon-pemohon melalui proses penceraian yang akan menjalani khidmat nasihat dan kaunseling serta taklimat poligami dan memberikan Taklimat Keluargaku Harapanku di sekolah-sekolah, di peringkat-peringkat universiti dan pengajian tinggi  termasuk di jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkenaan.

 

Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Awang Haji Saharuddin bin Haji Patra menyatakan mengenai perkara tersebut ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa.

 

Dalam pada itu, melalui program 3PSA ini jelasnya dapat menambah baik perkhidmatan-perkhidmatan yang telah pun dijalankan oleh JHES begitu juga yang berkaitan dengan Bahagian Kawalan Makanan Halal yang menerima pemprosesan permohonan bagi pemohon-pemohon Sijil Halal yang berkaitan dengan Perintah Sijil Halal dan Label Halal dan Akta Daging Halal.

 

Menurut beliau, Perkhidmatan jabatan sebagai Urusetia juga telah diperakui dan  pihak jabatan akan sentiasa berusaha lebih giat lagi memberikan komitmen tinggi kepada  orang ramai di negara ini sepertimana yang disarankan dan ditegaskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda pada Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25.

 

Pihak jabatan tegasnya akan terus berusaha dengan lebih giat lagi mendukung titah Kebawah DYMM tersebut bagi pihak JHES khususnya melalui Perkhidmatan Khidmat Nasihat Keluarga dan Bahagian Kawalan Makanan Halal dan Pentadbirannya akan menjulang tinggi titah berkenaan, dengan mengetengahkan amalan terbaik yang ada di agensi dan jabatan masing-masing untuk mentransformasi ke arah perkhidmatan yang cemerlang.

 

Sementara itu, menurut Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang Muhammad Saufi bin Awang Haji Ibrahim  menjelaskan pengiktirafan 3PSA tersebut adalah penilaian berdasarkan empat kriteria tertentu antaranya dasar dan pelaksanaannya serta strategi dan pelaksanaannya.

 

Keempat-empat kriteria itu dinilai khusus kepada pengurusan Jabatan Buruh yang berkaitan 'Public System Service' kerana kategori kali ini adalah yang melibatkan berurusan dengan orang awam dan orang ramai.

 

Di samping itu, jelasnya 3PSA tersebut turut memberi peluang untuk melihat apa kekuatan yang ada dalam sesebuah jabatan berkenaan yang dapat membantu jabatan itu mencapai objektif dan matlamatnya seperti di Jabatan Buruh yang banyak memberikan perkhidmatan kepada orang ramai namun diselaraskan dengan penguatkuasaannya.

 

"Apabila kita sudah mengetahui kekuatan (strength) yang ada dalam jabatan kita, maka kita beralih pada melaksanakan cadangan pembaikan dan pada masa yang sama, kita juga turut diberikan 'feedback' tentang kelemahan-kelamahan yang ada dalam jabatan berdasarkan empat kategori tersebut," ujarnya.

 

Dari itu tambahnya, untuk mengenal pasti kekurangan atau kelemahan yang ada dalam pengurusan jabatan itu, kita perlu mengetahui 'feedback-feedback' tersebut kerana di dalam jabatan itu sendiri mungkin agak sukar untuk melihat atau mengetahui sebarang kekurangan atau kelemahan yang ada dalam jabatan kecuali dengan adanya penilaian atau 'feedback' tertentu.

 

"Jadi dengan adanya 3PSA ini, dapat membuka mata kita untuk melihat dan mengetahui sebarang kelemahan yang ada di dalam jabatan kita yang mungkin sahaja kita tidak mengetahui akan perkara tersebut atau terlepas pandang yang mungkin sahaja memberikan kesan kepada objektif dan matlamat jabatan itu sendiri secara keseluruhan," terang Awang Muhammad Saufi lagi.

 

Dengan mengetahui kelemahan serta kekurangan yang ada di dalam jabatan itu jelasnya lagi, jabatan akan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya dengan harapan agar keseluruhan objektif dan matlamat jabatan serta proses yang ada di Jabatan Buruh dapat diperbaiki dan dimantapkan mutu perkhidmatannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48