FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mantapkan Produktiviti Dan Kualiti Perkhidmatan


GAMBAR KIRI : AWANG Abdul Ajihis bin Haji Terawih, penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA. GAMBAR TENGAH: DAYANG Maslinda binti Asang, penerima Anugerah Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA). GAMBAR KANAN: AWANG Petrus bin Jumat, penerima Anugerah Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA)

 


 November 1st, 2018  |  08:53 AM  |   428 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri warga Perkhidmatan Awam (PA) ialah rasa bertanggungjawab dalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan atau diarahkan, dedikasi serta komited terhadap hasil dan kualiti kerja serta memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai mahupun kepada jabatan itu sendiri, bagi memantapkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing.

 

Awang Abdul Ajihis bin Haji Terawih, penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) berkata demikian ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 Tahun yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Awang Abdul Ajihis yang sudah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka lebih dari 20 tahun itu kini menjawat jawatan sebagai Pelukis Tingkat II.

 

Beliau dalam pada itu turut melahirkan perasaan bercampur baur antara gembira dan terharu di atas penerimaan anugerah yang tanpa disangka dan di luar jangkaan beliau sendiri yang mana ia memberikan satu perasaan dihargai dengan apa yang telah beliau sumbangkan dan laksanakan berdasarkan tugas dan tanggungjawab beliau.

 

Sebagai seorang pelukis di jabatan Kerajaan terangnya tidak sama dengan pengalaman melukis di luar, kerana melukis di luar lebih kepada berbentuk artistik dan abstrak tetapi melukis kerana tugas dan tanggungjawab sebagai salah seorang warga PA perlulah lebih berdisiplin, komited dan dedikasi terhadap kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.

 

Awang Abdul Ajihis juga pernah menerima beberapa pengiktirafan yang lain antaranya beliau pernah menerima beberapa Pingat-pingat Kehormatan Negara termasuk Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), dan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B), dan Pingat Kerja Lama (P.K.L).

 

Sementara penerima Anugerah Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam (PKKPA), Ahli Bomba Kelas Dua, Awang Petrus bin Jumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, menjelaskan pengalaman bekerja yang masih 'muda' yang baru mencecah 10 tahun itu menurut sesetengah pendapat masih 'mentah' tidak sesekali menjatuhkan semangat beliau untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan yakin.

 

Hal ini kerana jelasnya apa yang lebih penting ialah mengetahui tugas dan tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah, komited serta berdedikasi dan berdisiplin dalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan akan membuahkan hasil di kemudian hari dan kita perlu percaya akan rezeki masing-masing, ujarnya lagi.

 

Awang Petrus merupakan seorang Jurulatih Jasmani yang berdisiplin tinggi dan tegas, dan pada masa yang sama merupakan seorang juruselam yang diiktiraf, berdedikasi dan proaktif dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan pernah menerima Anugerah Anggota Contoh dan Anugerah Ahli Bomba Pelatih Terbaik.

 

Manakala seorang lagi penerima Anugerah PKKPA, Dayang Maslinda binti Asang dari Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak jabatan di atas sokongan dan penghargaan yang diberikan kepada beliau.

 

Telah berkhidmat selama 14 tahun, Dayang Maslinda yang diberikan tugas untuk sentiasa memastikan keindahan lanskap terjaga berpendapat, untuk menjadi seorang warga PA yang berjaya, kita hendaklah perlu ikhlas menerima sebarang tugasan  tanpa mengeluh dan mengira masa, dan bekerja denga jujur, ikhlas dan amanah.

 

Beliau yang mempunyai tiga orang anak yang menuntut di Politeknik Brunei, IBTE dan Sekolah Menengah RIPAS turut menyeru golongan muda belia yang masih mencari pekerjaan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan, sebaliknya perlu berusaha untuk menceburi bidang-bidang lain seperti perniagaan dan sebagainya dalam sama-sama menyumbang bakti kepada pembangunan bangsa, agama dan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48