FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Meningkat Ke Tangga Ke-55


 


 November 1st, 2018  |  09:00 AM  |   247 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menurut Laporan Bank Dunia Doing Business (DB) 2019, yang mengukur tahap kecekapan dan pengawalseliaan perniagaan tempatan di kalangan 190 negara di seluruh dunia; Negara Brunei Darussalam kini berada di kedudukan ke-55, dengan peningkatan skor Ease of Doing Business (EODB) yang sebelum ini dinamakan sebagai skor Distance to Frontier (DTF), iaitu sebanyak 72.03 daripada 100 dan mempunyai peningkatan skor EODB dalam empat buah petunjuk, seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 1.

 

Setiap kemajuan ke arah agenda reformasi itu sentiasa dipantau melalui Jawatankuasa Pandu EODB, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, dan diterajui oleh Champion Groups dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Kesihatan, Kementerian Perhubungan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Darussalam Enterprise (DARe).

 

Negara-negara yang menduduki tangga 10 teratas dalam Laporan DB 2019, mengikut kedudukan adalah New Zealand, Singapura, Denmark, Hong Kong, Republik Korea, Georgia, Norway, United States, United Kingdom dan Macedonia.

 

Di rantau ASEAN pula, hanya Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mencatatkan peningkatan kedudukan, di mana negara masih lagi mengekalkan kedudukannya di tangga ke-4 teratas, di bawah Singapura (2), Malaysia (15) dan Thailand (27); dan diikuti oleh Viet Nam (69), Indonesia (73), Filipina (124), Kemboja (138), Laos (154) dan Myanmar (171) (seperti Lampiran 2).

 

Sementara itu, di rantau Asia-Pasifik pula, negara menduduki kedudukan ke-13, di bawah Republik Korea yang menduduki kedudukan ke-4, Taiwan ke-5, Jepun ke-11, Cina ke-12 dan mendahului India yang berada di kedudukan ke-18, seperti yang dapat dilihat dalam

 

Lampiran 3.2.

 

Menurut laporan tersebut, negara telah menunjukkan peningkatan dalam skor EODB bagi petunjuk Getting Credit (1), Starting a Business (16), Getting Electricity (31) dan Paying Taxes (84) (lihat Lampiran 1).

 

Bagi petunjuk Getting Credit, yang diketuai oleh AMBD, dengan mengenalkan Credit Scoring (CS), negara telah dicatatkan sebagai negara yang terbaik di dunia yang setanding dengan New Zealand, iaitu dari segi tahap mekanisme laporan kredit serta maklumat peminjam secara amnya.

 

Ini adalah hasil daripada skor kredit yang ditawarkan oleh biro kredit kepada bank-bank bagi membantu mereka membuat keputusan mengenai pemberian pinjaman, yang mana juga membantu mempercepatkan proses bagi peniaga untuk mendapatkan sokongan kewangan.

 

Bagi petunjuk Starting A Business, penambahbaikan kepada sistem 'online' Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan (ROCBN) oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang menggabungkan prosedur penempahan nama dan penubuhan syarikat menjadi satu langkah dan juga pindaan ke atas perintah Stamp Act, yang meniadakan keperluan bagi peniaga untuk ke kaunter bagi mengesahkan Memorandum and Articles of Association dan Share Certificates telah menyumbang kepada peningkatan signifikan iaitu sebanyak 42 anak tangga dan meletakkan petunjuk Starting A Business di golongan Top 20 di dunia.

 

Manakala, bagi petunjuk Getting Electricity, yang diketuai oleh Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, penyelarasan proses bagi mendapatkan kebenaran penyambungan elektrik melalui pengurangan masa dan kos juga telah meningkatkan skor EODB bagi petunjuk Getting Electricity dalam laporan tahun ini.

 

Petunjuk Paying Taxes, yang juga diketuai oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi, telah meningkat sebanyak 20 anak tangga, hasil pencapaian penggunaan e-Amanah sebanyak 100%. Reformasi ini telah berjaya mengurangkan masa dan jumlah bagi pembayaran Tabung Amanah Pekerja (TAP).

 

Di sebalik penambahbaikan di dalam proses-proses kerajaan dalam kesemua petunjuk, terdapat juga petunjuk yang mengalami penurunan kedudukan, yang disebabkan oleh kadar pelaksanaan reformasi yang lebih pesat oleh negara-negara lain, seperti petunjuk Getting Electricity (31), Dealing with Construction Permits (55), Registering Property (142), Trading Across Borders (149), Protecting Minority Investors (48), Enforcing Contracts (67) dan Resolving Insolvency (64).

 

Dalam hubungan ini, insyaaAllah, Negara Brunei Darussalam akan terus meningkatkan usaha, di samping terus melaksanakan inisiatif pembaharuan yang efektif dan inovatif terhadap dasar-dasar dan peraturan perniagaan dalam meningkatkan lagi kedudukan negara bagi petunjuk-petunjuk tersebut mengambil kira negara-negara lain juga sedang berusaha gigih memperbaiki ekosistem perniagaan mereka.

 

Selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sesi Plenari Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) Ke-12 yang berlangsung di Belgium baru-baru ini, kedayatahanan ekonomi adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan teknologi digital bagi menembusi pasaran baharu dan berdagang merentasi sempadan, penyertaan dalam rangkaian nilai global untuk meningkatkan produktiviti dan peluang, dan mendukung inisiatif kerajaan bagi memudahcara pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan EODB.

 

Sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, terdapat peningkatan yang signifikan dalam kedudukan DB di mana Negara Brunei Darussalam telah meningkat sebanyak 50 anak tangga dari kedudukan ke-105 pada edisi Laporan DB 2015 dan melonjak naik ke kedudukan ke-55 dalam edisi tahun ini.

 

Ini mencerminkan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap kepelbagaian dan pertumbuhan ekonomi negara melalui penambahbaikan ekosistem perniagaan.

 

Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga telah meningkatkan kedudukannya dalam laporan World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness Report sebanyak dua anak tangga dan berada di kedudukan ke-62 di kalangan 140 negara di mana negara telah menunjukkan peningkatan dalam lima petunjuk yang berkaitan dengan EODB iaitu 'Efficiency of Clearance Process', 'Ease of Hiring Foreign Labour', 'Financing of SMEs', 'Growth of Innovative Companies', 'Insolvency Recovery Rate', 'Attitudes toward Entrepreneurial Risk' serta 'Companies Embracing Disruptive Ideas'.

 

Ke arah mencapai peningkatan kedudukan secara konsisten dalam indeks DB itu, kerjasama, komitmen dan ketelusan dari kedua-dua sektor awam dan swasta adalah penting bagi meneruskan kejayaan dalam memastikan persekitaran yang pro-bisnes, sejajar dengan Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035.

 

Sekretariat EODB, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, sedang giat mengadakan bengkel bagi mengumpul maklum balas daripada komuniti perniagaan dari pelbagai industri demi memperbaiki dan menyelaraskan proses-proses dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan.

 

Dalam mempromosikan ketelusan maklumat kerajaan mengenai ekosistem perniagaan, para peniaga boleh melayari laman sesawang businessBN di 'www.business.gov.bn' untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat mengenai proses-proses kerajaan yang berkaitan dengan memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48