Home > Bahasa Melayu
28 Pelajar Dan Kakitangan Sekolah Terima Sumbangan Derma
SESI bergambar ramai
November 1st, 2018 | 09:06 AM | 1236 views
BERAKAS
Seramai 28 orang pelajar dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah dan kemalangan jalan raya telah menerima sumbangan derma wang ringgit pada Majlis Penyampaian Derma Kementerian Pendidikan yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan, Jalan 10, Kampung Lambak Kanan, di sini.
Para penerima terdiri daripada 24 orang pelajar dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah, tiga orang kakitangan sekolah adalah mangsa-mangsa musibah kebakaran rumah dan seorang lagi pelajar yang diwakili oleh ibu pelajar berkenaan merupakan mangsa kemalangan jalan raya.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma berkenaan ialah Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah (JSS), Kementerian Pendidikan, Dr. Dayang Hajah Zurina binti Haji Harun.
Sumbangan derma yang disampaikan adalah hasil kutipan daripada jabatan-jabatan, bahagian-bahagian dan unit-unit di Kementerian Pendidikan dan juga dari Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah, Pusat-pusat Tingkatan Enam Kerajaan di keempat-empat daerah.
Sebanyak BND11,468 berjaya dikutip bermula pada bulan Mei 2018 hingga Oktober 2018 yang mana sumbangan derma dihulurkan sebagai tanda rasa pemedulian dan prihatin pihak Kementerian Pendidikan terhadap nasib yang telah menimpa para pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.
Juga hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit di Kementerian Pendidikan; ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai kanan di JSS, Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar sekolah yang terlibat, ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar yang berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]