FacebookInstagramTwitterContact

 

Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>           Every Time Kelly Osbourne Was Honest Af About Motherhood           >>           Sabrina Carpenter Celebrates 25th Birthday With Leonardo Dicaprio Meme Cake           >>           Canning, Drying And More: The Art Of Food Preservation Across Cultures           >>           Popular Dry Shampoo Brands RECALLED After Cancer-Causing Ingredient Discovered           >>           Foreign Office Investigates Hamas Claim British-Israeli Hostage Killed In Gaza           >>           Children killed as bomb falls near Sudan hospital – MSF           >>           The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won           >>           Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan DYTM Puteri Maha Chakri Eratkan Hubungan NBD - Thailand


DULI Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn semasa mengadakan Lawatan ke Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 


 November 1st, 2018  |  10:37 AM  |   346 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Kerajaan Thailand serta rombongan berkenan meneruskan lawatan dua hari dengan mengadakan lawatan ke Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof.

 

Semasa lawatan tersebut, DYTM berkenan menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya berkenan menerima pesambah.

 

DYTM juga berkenan mendengarkan sembah taklimat mengenai bangunan Masjid  Omar 'Ali Saifuddien serta fungsi dan peranan Jabatan Hal Ehwal Masjid.

 

Masjid tersebut yang menjadi mercu tamadun Islam telah dibina  sejak 60 tahun lalu dan merupakan masjid negara yang pertama selain menjadi tumpuan utama bagi majlis-majlis sempena hari-hari kebesaran Islam dan negara serta Majlis Pernikahan Diraja.

 

Sementara di tengah lagun pula, terbinanya sebuah replika bahtera Abad ke-16 bernama Mahligai, dengan berukuran 157 kaki panjang dan 31 kaki lebar bersempena Ulang Tahun Sambutan Nuzul Al-Quran Ke-1400.

 

DYTM berserta rombongan kemudian berkenan menyusuri Sungai Brunei, Kampong Ayer dan dibawa melawat ke Kampung Tamoi Ujung.

 

Keberangkatan DYTM di Kampung Tamoi Ujung dijunjung oleh Penghulu Mukim Tamoi dan Pemangku Penghulu Mukim Sungai Kedayan, Pengarah Awang Haji Mokti bin Mohd. Salleh.

 

Di sana, DYTM berpeluang menyaksikan demonstrasi pembuatan kuih muih tempatan Brunei diikuti dengan persembahan musik tradisional dan pencak silat yang disembahkan oleh penduduk Mukim Tamoi.

 

DYTM juga mengunjungi Sekolah Rendah Haji Tarif dan beramah mesra dengan guru-guru dan para pelajar sekolah berkenaan serta berkenan meninjau kemudahan-kemudahan di sekolah tersebut.

 

Lawatan berakhir dengan Santap Tengah Hari di The Horizons Seafood Restaurant.

 

DYTM mengepalai rombongan seramai 35 orang kadet Tahun 4 dan 19 pegawai tentera dari Chulachomklao Royal Military Academy (CRMA).

 

Lawatan adalah sebahagian daripada kurikulum akademi tersebut, di samping mengeratkan lagi hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59