Home > Bahasa Melayu
DYTM Puteri Maha Chakri Sirindhorn Ketuai Lawatan Dua Hari
DULI Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn sejurus berangkat tiba di LTAB bagi memulakan lawatan selama dua hari bersama rombongan.
November 1st, 2018 | 10:40 AM | 425 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Kerajaan Thailand kini berada di Negara Brunei Darussalam bagi mengetuai lawatan selama dua hari bagi sekumpulan Kadet Tahun Keempat dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand.
Rombongan diraja terdiri daripada Pegawai Kanan Kerajaan Thailand, media, serta para pegawai tentera dan tiga puluh lima Kadet Tahun Keempat.
Keberangkatan tiba DYTM di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dijunjung oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB.
Di hari pertama, DYTM dan rombongan mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di ibu negara termasuk Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Kampung Tamoi di Kampong Ayer di samping lawatan ke Universiti Brunei Darussalam.
Di hari berikutnya rombongan dijangka meneruskan lawatan ke Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Kawasan Kemajuan Pertanian Kampung Wasan; Muzium Maritim Brunei Darussalam dan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]