FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JIS Sambut Hari Antarabangsa Dengan Raikan Pelbagai Kebudayaan


PERSEMBAHAN muzik bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa (International Day) yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa (JIS).

 


 November 1st, 2018  |  10:52 AM  |   346 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan Hari Antarabangsa memberi peluang yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) untuk membangun dalam masyarakat global dengan meraikan pelbagai kebudayaan, kebangsaan, pakaian dan bahasa masing-masing.

 

Hari Antarabangsa tahun ini bertemakan 'Teaspoons of Change and Sustainable Development Goals'.

 

Paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan berangkat ke sambutan tersebut.

 

Sambutan Hari Antarabangsa diserikan dengan pemakaian pakaian kebangsaan dari pelajar-pelajar di mana melalui penyertaan para pelajar itu juga dialu-alukan untuk mendermakan sekurang-kurangnya BND2 dan kesemua jumlah wang akan disumbangkan kepada badan amal yang disokong oleh sekolah berkenaan.

 

Untuk terus meraikan kepelbagaian budaya pada sambutan tersebut, para pelajar berpeluang menikmati makanan dari pelbagai negara seperti London Kebab, Sugar & Spice, Fratini's, The Acai Bar, Magnum, Kyna Ice Cream, The Currypuff Factory, Smarter Cookies, The Potato Habit dan Tasconi's Pizza.

 

Di samping itu, persembahan muzik oleh 81 pelajar Tahun 4 hingga Tahun 13 dengan tema 'Music from around the world' juga turut mendapat sambutan daripada penonton.

 

Persembahan Muzik Hari Antarabangsa itu menyediakan pelbagai lagu kebudayaan termasuk persembahan hebat daripada Kumpulan Gamelan dari Kedutaan Indonesia.

 

Juga hadir menyaksikan persembahan tersebut, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko.

 

Antara persembahan yang dibawakan termasuk 'Bengawan Solo' dari Jazz Band, 'N'kosi Sikeleli Africa' oleh pelajar-pelajar koir; persembahan dari orkestra sekolah; koir dari Tahun 7 dan 8; String dan Angklung Ensemble.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59