FacebookInstagramTwitterContact

 

Original Opera Marco Polo Rehearsed And Revived In Guangdong           >>           'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemimpin Perlu Lebih Peka Terhadap Orang Bawahan


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah

 


 November 1st, 2018  |  12:58 PM  |   678 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tugas dan tanggungjawab para pemimpin dalam Perkhidmatan Awam (PA) bukan sekadar menjadi ketua di dalam jabatan atau bahagian atau unit tetapi juga bersedia untuk memberikan tunjuk ajar atau bimbingan kepada orang bawahan jika mereka berhadapan dengan sebarang kesulitan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, para pemimpin yang berjiwa besar dalam PA, perlu lebih peka terhadap orang bawahan mereka.

 

"Inilah namanya keprihatinan pemimpin terhadap anak buah," demikian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-25 Tahun yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, di samping mempunyai sifat timbang rasa, pemimpin juga tentunya memiliki kelebihan-kelebihan lain seperti ilmu dan pengalaman.

 

Maka sehubungan itu, baginda menyambut baik usaha Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk mengenalpasti pegawai-pegawai muda di dalam PA yang mempunyai bakat kepimpinan untuk diasuh di bawah Program Eksekutif Muda iaitu 'Young Executive Programme (YEP)'.

 

"Beta mahu pihak yang berkenaan akan sentiasa memastikan program ini berjalan dengan teratur sehingga mencapai objektif yang dihasratkan," titah Kebawah DYMM.

 

Semua yang dirancang itu, jelas baginda, adalah untuk menghasilkan 'Modal Insan Perkhidmatan Awam' yang mempunyai nilai moral yang tinggi berpaksikan Islam, yang mencakupi sifat jujur, ikhlas, amanah dan cekap.

 

Baginda menambah, perkara itu juga ada hubungannya dengan usaha melalui 'Program Penggredan Prestasi Sektor Awam Melalui Penarafan Bintang' yang telah dilaksanakan penilaiannya oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 

Dengan adanya penarafan itu, baginda berharap agensi-agensi kerajaan akan terus mempertingkatkan lagi urus tadbir agensi masing-masing demi kecemerlangan PA.

 

Menyentuh mengenai inovasi dalam PA, baginda menyambut baik inisiatif yang telah diambil oleh JPM melalui Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Institut Perkhidmatan Awam yang meneliti semula Program Inovasi dalam PA dengan memperkenalkan satu anugerah baharu yang dikenali sebagai 'Anugerah Inovasi Perdana', seperti yang digariskan dalam Rangka Kerja Perkhidmatan Awam, Negara Brunei Darussalam.

 

"Beta percaya dengan adanya anugerah ini nanti, dapatlah meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pentadbiran awam. Inilah harapan semua dan harapan negara," titah baginda.

 

Baginda seterusnya bertitah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima Anugerah 3PSA, Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam dan Anugerah Penghargaan Khas Kakitangan Perkhidmatan Awam dan berharap atas penganugerahan dan penghargaan tersebut akan dapat memberikan motivasi dan sumber inspirasi kepada semua warga PA untuk bekerja lebih gigih mempertingkatkan tahap kecemerlangan PA.

 

Terdahulu baginda bertitah, pada tahun ini adalah merupakan kali ke-25 tahun kita menyambut Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam.

 

Selaras dengan tema 'Transformasi Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang Progresif', baginda berharap usaha-usaha menggerakkan PA dengan penglibatan sektor swasta akan terus digiatkan.

 

Baginda mahu PA akan meneroka pendekatan lebih berkesan dalam tugasnya memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan negara.

 

Selain itu tegas baginda, PA selaku jentera pembangunan negara, tidak boleh berhenti dari mencari jalan ke arah menambahbaikkan lagi mutu perkhidmatan untuk rakyat dan negara.

 

Tambah baginda, memang keadaan sekarang semakin kompleks dan mencabar, namun inilah juga masanya untuk kita melihat PA mampu untuk mengatasi sebarang tengkarah atau kesulitan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59