Home > Bahasa Melayu
Serbuan Kegiatan Judi 4D : Tertuduh Mengaku Salah
November 2nd, 2018 | 08:04 AM | 434 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berhasil menahan seorang lelaki warganegara tempatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian loteri empat digit (4D) di alamat Hong Bee Trading Company, Taman Alam, Lot 20025, Jalan Gadong, Kampung Beribi, Gadong pada 31 Oktober, malam Rabu semalam.
Suspek Ang Tiong Yu, 29 tahun, diberkas dan turut dirampas bersama suspek barang-barang bukti seperti wang tunai, kertas nombor dan slip pertaruhan di tempat kejadian. Suspek kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini dan mengaku bersalah atas tuduhan di bawah seksyen 4(C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND5,000 atau denda lima bulan penjara jika gagal membayar.
PPDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas maklumat dengan kegiatan tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]