Home > Bahasa Melayu
Eksplorasi Pelbagai Jenis Haiwan Di 'Animals In The Park', JP
JP 'Animals in the Park' berunsurkan inforia, khusus buat kanak-kanak yang ingin mengetahui dengan lebih banyak lagi mengenai haiwan-haiwan seperti Burung Kakak Tua, Arnab, Kura-Kura dan banyak lagi.
November 2nd, 2018 | 08:06 AM | 500 views
JERUDONG
Taman Permainan Jerudong Park (JP) adalah tempat yang menarik untuk dikunjungi di sepanjang bulan November ini.
JP mulai hari ini menampilkan 'Animals in the Park' yang berunsurkan inforia khusus buat kanak-kanak yang ingin mengetahui dengan lebih banyak lagi mengenai haiwan-haiwan seperti Burung Kakak Tua, Arnab, Kura-Kura dan banyak lagi.
Para pengunjung terutama sekali kanak-kanak yang ingin mengeksplorasi mengenai haiwan-haiwan yang ada juga boleh menyaksikan burung-burung hutan seperti Helang.
JP menawarkan harga istimewa untuk memasuki tempat tersebut bertempat di JP Colonnade dengan harga promosi pakej, iaitu BND20.00 bagi dewasa dan BND13.00 bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.
Sementara bagi para pengunjung luar negara pula ialah BND27.00 bagi dewasa dan BND17.00 bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.
Para penuntut sekolah juga berpeluang untuk melawat dengan menggunakan pakej lawatan sekolah, iaitu khusus bagi sekolah kerajaan dan swasta.
'Animals in the Park' beroperasi sewaktu dengan JP, iaitu Khamis hingga Jumaat, pada jam 4.00 petang hingga 8.30 malam, sementara Sabtu dan Ahad, pada jam 10.00 pagi hingga 9.30 malam.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi +673 2611777 atau +673 7259222 pada waktu pejabat atau awda boleh menghantarkan e-mel ke '[email protected]' untuk sebarang pertanyaan.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by BruDirect
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]