Home > Bahasa Melayu
DANA Terima Sumbangan BND4,056.20
KETUA Pegawai Eksekutif DANA, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny semasa menerima sumbangan berjumlah BND4,056.20 bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) daripada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelenggara
November 2nd, 2018 | 08:26 AM | 208 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) menerima sumbangan keseluruhan berjumlah BND4,056.20 daripada Jawatankuasa Penyelenggara Imbas Kembali Filem Gema Dari Menara (GDM).
Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan jualan tiket dan derma daripada orang ramai semasa ulang tayang Filem GDM yang berlangsung pada 23 hingga 29 Oktober lalu di Arena Cineplex, Seri Qlap Mall; White Screen, Regal Blue Kampung Sungai Hanching dan Dewan DiGadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penyelenggara Imbas Kembali Filem GDM, Pengiran Haji Abbas bin Pengiran Haji Besar, yang juga memainkan peranan utama dalam filem tersebut dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.
DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sekretariat bagi DANA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]