FacebookInstagramTwitterContact

 

Israel Orders More Evacuations As Rafah Fighting Intensifies           >>           Ukraine: Hundreds Flee Kharkiv Area After Russian Cross-Border Attack           >>           Man Freed Five Days After South Africa Building Collapse           >>           Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding           >>           'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tipuan Bidaan Beri Impak Kepada Perolehan Kerajaan


PENGERUSI Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny hadir pada sesi advokasi tersebut.

 


 November 2nd, 2018  |  08:29 AM  |   261 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Setiausaha Tetap (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Dayang Hajah May Faezah binti Haji Ahmad Ariffin berkata, bidaan atau juga lebih dikenali sebagai tender, merupakan proses penting di dalam perolehan awam yang bertujuan untuk memastikan nilai harga yang terbaik, penggunaan sumber kerajaan yang cekap dan perbelanjaan yang berhemah.

 

''Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap bahawa proses persaingan hadir secara semula jadi,'' ujarnya pada Sesi Advokasi 'Perolehan Awam dan Tipuan Bidaan' yang berlangsung di Dewan Teater Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini.

 

Menurutnya, OECD dan beberapa kajian lain telah melaporkan bahawa amalan tipuan bidaan boleh meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan sehingga 20 peratus atau lebih di mana di negara-negara yang sedang membangun, kos ini boleh bertambah ke 35 peratus sehingga 50 peratus.

 

Dayang Dr. Dayang Hajah May Faezah dalam ucapannya juga mengongsikan bahawa sebahagian besar daripada ekonomi Negara Brunei Darussalam masih bergantung kepada projek-projek kerajaan.

 

''Pada tahun 2017, aktiviti-aktiviti perolehan awam dianggarkan mencapai nilai 19 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kadar ini perlu diberi perhatian mengambil kira ia bukan sahaja memberi impak kepada kecekapan penggunaan sumber kerajaan melalui fungsi kerajaan yang baik, tetapi juga kecekapan sektor-sektor yang terlibat di dalam rantaian bekalan daripada 'input' sehingga hasil. Kesemua aktiviti itu mempunyai impak kepada fungsi ekonomi yang baik,'' ujarnya.

 

Oleh yang demikian tambahnya, adalah penting untuk mempunyai kesedaran, belajar untuk mengesan dan mencegah tipuan di dalam tender atau bidaan kolusif, yang boleh menyebabkan pelambungan harga dan penurunan kualiti barangan dan perkhidmatan yang mana tipuan bidaan yang memberi impak kepada perolehan kerajaan boleh menyebabkan kemudaratan kepada perbelanjaan kerajaan.

 

Beliau turut mengongsikan beberapa kes negara-negara OECD yang membuktikan bahawa penambahbaikan prosedur perolehan telah membawa kepada penjimatan yang signifikan di beberapa buah negara.

 

Oleh yang demikian katanya, dengan pengenalan Perintah Persaingan 2015, adalah penting untuk belajar dan memahami amalan tipuan bidaan bagi mengurangkan risiko tipuan bidaan dan menjaga perbelanjaan kerajaan.

 

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan mandat yang dipertanggungjawabkan melalui titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara Kali Ke-11, yang menekankan keperluan bagi perkhidmatan awam untuk berbelanja secara berhemah dan memberikan tumpuan kepada keberkesanan kos yang mana tidak mempunyai proses perolehan yang berkesan bukan lagi pilihan dengan pengenalan Perintah Persaingan 2015.

 

Menurutnya lagi, ini merupakan salah satu keutamaan ke arah persiapan penguatkuasaan larangan Perintah Persaingan 2015 dan walaupun pengesanan tipuan bidaan tidak mudah, apa yang dapat dibuat ialah belajar mengenainya dan mengambil langkah-langkah pencegahan serta memperbaiki kecekapan proses perolehan awam.

 

Sesi Advokasi disampaikan oleh Pakar Persaingan, Dr. Hassan Qaqaya yang merupakan mantan ketua Cawangan Dasar Persaingan dan Pengguna di United Nations Conference in Trade and Development (UNCTAD) dan Rakan Senior di Universiti Melbourne.

 

Dengan pengalaman yang bedekad, Dr. Hassan mencadangkan ketulusan bagi meningkatkan kecekapan proses perolehan awam dan keperluan pembangunan kapasiti dan latihan bagi pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan perolehan barangan dan perkhidmatan, untuk memastikan kerajaan akan terus menerus mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan nilai harga yang terbaik, serta mengekalkan perbelanjaan yang berhemah.

 

Dr. Hassan juga mencadangkan untuk meninjau kegunaan e-perolehan dan teknologi lain bagi menghindari sebarang amalan tender kolusif.

 

Hadir semasa Sesi Advokasi anjuran Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Ahli-ahli Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam, Ahli-ahli dan Sekretariat Lembaga Tawaran Negara dan Lembaga Tawaran Kecil daripada pelbagai kementerian dan pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59