FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Kerja Yang Berhormat Ahli MMN Ke MPABD


YANG Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) mengadakan Lawatan Kerja ke Feri Terminal Penumpang dan Kenderaan di Serasa.

 


 November 2nd, 2018  |  08:31 AM  |   423 views

MUARA

 

Dalam usaha untuk meninjau secara dekat prasarana dan perkhidmatan yang dikawal-selia oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), seramai 15 Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) mengadakan Lawatan Kerja ke MPABD, di sini

 

Lawatan Kerja itu bertujuan untuk memberikan pendekatan ke atas isu-isu dan projek-projek sektor pengangkutan laut di negara ini secara langsung kepada Yang Berhormat Ahli-ahli MMN sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Yang Berhormat Ahli-ahli MMN dengan Kementerian Perhubungan pada 26 November nanti.

 

Lawatan Kerja dimulai di Feri Terminal Penumpang dan Kenderaan di Serasa, yang mana Yang Berhormat Ahli-ahli MMN diterangkan dengan lebih lanjut mengenai proses perkhidmatan dan pengendalian yang dijalankan di feri terminal berkenaan dan kenderaan laluan Serasa - Labuan yang mengendalikan secara purata seramai 128,046 penumpang dan 1,000 kenderaan setahun.

 

Penerangan yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif MPABD, Awang Haji Salihin bin Haji Aspar merangkumi mengenai dengan tatacara kerja-kerja yang dikendalikan termasuk proses pemeriksaan para penumpang, kenderaan dan pelepasan pelabuhan.

 

Yang Berhormat Ahli-ahli MMN kemudian melawat Stesen Isyarat Radio Pantai Muara.

 

Stesen Isyarat ini mula beroperasi semenjak tahun 1982, berfungsi untuk mengawal keselamatan kapal-kapal yang masuk dan keluar dari Terusan Muara menuju ke Pelabuhan Muara dan jeti-jeti persendirian.

 

Menurut perangkaan daripada pihak MPABD, secara purata sebanyak 11,314 pergerakan kapal yang masuk dan keluar melalui Terusan Muara setahun dan jumlah ini dijangka akan meningkat dalam jangka masa dua tahun apabila loji penapisan dan petrokemikal di Pulau Muara Besar mula beroperasi.

 

Yang Berhormat Ahli-ahli MMN juga melihat cara-cara pengendalian perhubungan di antara pihak MPABD dengan kapal kapal yang melalui Terusan Muara.

 

Rombongan seterusnya dibawa ke Pelabuhan Muara untuk melawat Pusat Persiaran Kapal, Terminal Konvensional Muara dan Terminal Kontainer Muara yang telah diurus tadbir oleh Muara Port Company (MPC) Sendirian Berhad sejak 2 Julai 2018.

 

Setakat ini, Syarikat MPC mempunyai tenaga kerja seramai 158 yang terdiri daripada 141 anak tempatan dan 17 tenaga asing.

 

Pelabuhan Muara merupakan pelabuhan utama bagi negara ini yang mengendalikan import dan eksport kargo melalui kontainer dan kargo pukal.

 

Di samping itu, Pelabuhan Muara juga berperanan untuk mengendalikan kapal kenderaan (ro-ro) dan kapal persiaran.

 

Menurut perangkaan pihak MPC, sebanyak 78,573 teus (kontainer) dikendalikan sepanjang Januari hingga September 2017 dan sebanyak 84,197 teus (kontainer) dikendalikan sepanjang Januari 2018 hingga September 2018, yang mana menunjukkan peningkatan sebanyak 7.16 peratus.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59