FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Tingkatkan Usaha Banteras Rasuah


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad dalam sesi bergambar ramai semasa menghadiri Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Ke-14.

 


 November 2nd, 2018  |  08:40 AM  |   345 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Biro Pencegah Rasuah, Negara Brunei Darussalam dengan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad telah menghadiri Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Ke-14 pada 30 Oktober lepas yang diselenggarakan oleh Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB), Singapura dengan tema 'A Resilient and Innovative ASEAN : Strengthening SEA-PAC's Capacity to combat corruption'.

 

Dalam mesyuarat selama dua hari itu Biro mencegah Rasuah mengesahkan komitmen penuh dengan Ahli-ahli SEA PAC untuk meningkatkan usaha serantau dan antarabangsa dalam memerangi rasuah melalui penglibatan dan kerjasama. Negara-negara anggota juga berkongsi pengalaman mereka mengenai Pemulihan Aset melalui Kerjasama Antarabangsa yang berkesan dan Pencegahan Rasuah. Mesyuarat tersebut juga membincangkan beberapa perkara mengenai strategi, usaha dan amalan-amalan baik di kalangan negara-negara anggota PAC dalam mengukuhkan kapasiti SEA-PAC untuk memerangi rasuah.

 

Mesyuarat dua hari itu diadakan selepas bengkel serantau selama sehari sempena Mesyuarat SEA-PAC yang dianjurkan bersama oleh Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB), Singapura dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) yang bertajuk 'Menggunakan Alat Inovatif dalam memerangi rasuah'.

 

Brunei Darussalam menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Pencegahan dan Pembasmian Rasuah dengan agensi anti-pencegahan dari Indonesia, Malaysia dan Singapura pada 15 Disember 2004. Hari ini, MoU tersebut meluaskan agensi anti rasuah lain dari 10 negara anggota ASEAN. SEA-PAC ditubuhkan dengan  objektifnya untuk mengukuhkan dan menegaskan usaha-usaha kerjasama yang berkaitan dengan rasuah di kalangan pihak-pihak berkaitan selain meningkatkan kapasiti dan pembinaan institusi di kalangan parti dalam mencegah dan memerangi rasuah.

 

Mesyuarat Utama SEA-PAC tahunan adalah selaras dengan Artikel 48 Undang-Undang Kerjasama Penguatkuasaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Rasuah (UNCAC).

 

Artikel tersebut mengutamakan perlunya negara anggota yang terlibat untuk bekerjasama erat, sesuai dengan sistem perundangan dan pentadbiran domestik mereka masing-masing untuk meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi kesalahan yang diliputi oleh konvensi.

 

SEA-PAC diiktiraf sebagai entiti yang berkaitan dengan ASEAN (disenaraikan di bawah Lampiran 2 Piagam ASEAN di bawah Kategori 'Pihak-pihak Lain Berkepentingan) pada 8 Februari 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59