FacebookInstagramTwitterContact

 

Audience and 'Junjung Ziarah' Ceremony           >>           Prepping Tips: How To Prepare A Food Storage Starter Kit           >>           Study: Eating An Avocado A Day Can Help Improve Overall Diet Quality           >>           STUDY: Anger Can Increase Heart Attack Or Stroke Risk For Up To 40 Minutes           >>           Kelly Osbourne Looks Unrecognizable After Blonde Hair Transformation           >>           Why Jill Zarin Is Defending Her Controversial Below Deck Appearance           >>           Rafah: UN Says 80,000 Have Fled Gaza City As Israeli Strikes Intensify           >>           Eurovision: Thousands Protest Against Israel's Entry In Malmo           >>           Israel-Gaza War: Biden To Halt Some Arms Supplies If Israel Invades Rafah           >>           GB News Investor Loses Legal Row Over Shipwreck Silver           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menteri Pertahanan II Wakili Negara Ke AMMTC Ke-12, Nay Pyi Taw, Myanmar


MENTERI Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara menyampaikan kenyataan semasa Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-12.

 


 November 2nd, 2018  |  08:51 AM  |   266 views

NAY PYI TAW, MYANMAR

 

Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-12 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2018 di Nay Pyi Taw, Republik Kesatuan Myanmar.

 

AMMTC Ke-12 dirasmikan oleh Naib Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Myint Swe dan Mesyuarat kemudiaannya dipengerusikan oleh Menteri Kesatuan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Republik Kesatuan Myanmar, Leftenan Jeneral Kyaw Swe.

 

Hadir ke mesyuarat tersebut bagi mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) ialah Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara.

 

Semasa AMMTC Ke-12, Yang Berhormat Menteri Pertahanan II menyampaikan kenyataan, di mana Yang Berhormat menekankan semula komitmen NBD ke arah pelaksanaan 'ASEAN Community Vision 2025' dan 'ASEAN Leaders' Vision on a Resilient and Innovative ASEAN'.

 

Yang Berhormat turut menekankan bahawa, usaha berterusan NBD dalam menangani ancaman keselamatan melalui pendekatan 'whole of government and nation', mengukuhkan rangka kerja undang-undang, mengintegrasi aspek sosial dan agama, mengawal selia internet dan meningkatkan kerjasama di antara agensi keselamatan serantau, khususnya dalam perkongsian maklumat.

 

Yang Berhormat juga menyatakan bahawa AMMTC dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) memberikan peluang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai usaha-usaha dalam memerangi jenayah rentas sempadan secara lebih berkesan dan meningkatkan kerjasama erat bersama rakan-rakan dialog di rantau ini.

 

AMMTC Ke-12 juga dihadiri oleh Menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab terhadap menangani isu jenayah rentas sempadan.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Penguatkuasaan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Ketua SOMTC NBD; Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Kesatuan Myanmar serta pegawai-pegawai kanan dari JPM.

 

Sebagai sebahagian daripada program mesyuarat, Ketua-ketua AMMTC juga mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama U Win Myint, hari ini.

 

Sementara itu, dalam Kenyataan Bersama, Ketua-ketua AMMTC bersetuju mengenai perkara-perkara berikut : Mengesahkan semula komitmen dalam mengukuhkan kerjasama dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan untuk meningkatkan perpaduan dan kekuatan serantau, membantu mewujudkan komuniti yang bersepadu, berganding rapat dalam politik dan bersatu dalam ekonomi; Mengesahkan 'ASEAN Plan of Action to Prevent and Counter the Rise of Radicalisation and Violent Extremism 2018 - 2025' dan memandang ke arah pelaksanaannya yang berkesan; Mengesahkan 'Guidelines on Consular Assistance by ASEAN Member States Missions in Third Countries to Nationals of Other ASEAN Member States'; Mengambil perhatian mengenai pelaksanaan 'SOMTC Work Programme 2016 - 2018' yang efektif dan mengalu-alukan 'SOMTC Work Programme 2019 - 2021' yang baharu untuk dimuktamadkan dan disahkan bagi pelaksanaan 'ASEAN Plan of Action in Combatting Transnational Crime (2016 - 2025)'; Merakamkan tahniah ke atas pencapaian dalam pelaksanaan 'Bohol Trafficking in Persons (TIP) Work Plan 2017 - 2020' dan usaha-usaha untuk memantau pelaksanaan yang berkesan melalui 'Matrix of Monitoring of Implementation of the Bohol TIP Work Plan 2017 - 2020'.

 

Semasa konsultasi AMMTC Plus Three Ke-9 (9th AMMTC + 3), Menteri-menteri bertukar-tukar pandangan tentang keperluan untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN Plus Three dalam mencegah dan memerangi jenayah rentas sempadan, termasuk pelaksanaan usaha dalam menangani peningkatan dalam radikalisasi dan keganasan melampau, bentuk-bentuk baharu jenayah rentas sempadan serta kesan teknologi baharu yang pesat berkembang.

 

Sementara itu, rundingan konsultasi AMMTC Plus China Ke-6 (6th AMMTC + China) mengetengahkan kebimbangan mengenai strategi dan teknik baharu pesalah jenayah rentas sempadan yang tidak dapat diselesaikan oleh sesebuah negara sahaja. Menteri-menteri juga terus komited untuk mengukuhkan lagi keupayaan penguatkuasaan undang-undang ASEAN dan China dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang pelaksanaan 'Organised Transnational Telecom and Network Crimes'.

 

Semasa Konsultasi AMMTC Plus Japan Ke-4 (4th AMMTC + Japan), Menteri-menteri bertukar pandangan mengenai kerjasama lebih lanjut untuk kepentingan bersama dalam memerangi pengganasan dan jenayah rentas sempadan, termasuk cara untuk meningkatkan kerjasama ASEAN - Jepun. Mesyuarat mengesahkan lagi komitmen untuk memerangi pengganasan dan memperkuatkan usaha dalam mencegah dan memerangi jenayah rentas sempadan.

 

AMMTC Ke-13 seterusnya akan diadakan di Thailand pada tahun 2019.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33