Home > Bahasa Melayu
HRH Berangkat Meninggalkan NBD
HER Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand serta rombongan berangkat pulang selepas berada di negara ini selama dua hari bagi mengetuai lawatan sekumpulan Kadet Tahun Keempat dari Chulachomklao Royal Military Academy
November 2nd, 2018 | 09:01 AM | 232 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, the Princess Royal of Thailand serta rombongan berangkat pulang selepas berada di negara ini selama dua hari bagi mengetuai lawatan sekumpulan Kadet Tahun Keempat dari Chulachomklao Royal Military Academy of Thailand.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Her Royal Highness ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah.
Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, HRH dan rombongan mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat di negara ini.
HRH juga mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di negara ini termasuk Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Muzium Alat Kebesaran Diraja; Muzium Maritim Brunei Darussalam; Universiti Brunei Darussalam; Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kawasan Kemajuan Pertanian Kampung Wasan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]