FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM Berangkat Lawat Kementerian Perdagangan Dan Industri


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan mencuba model kenderaan bagi demonstrasi memandu bas di Singapore Bus Training dan Evaluation Centre (BTEC).

 


 November 2nd, 2018  |  10:31 AM  |   282 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat membuat lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri, Republik Singapura.

 

Sejurus keberangkatan tiba di bangunan The Treasury, DYTM beredar ke bilik mesyuarat dan dijunjung oleh Menteri Perdagangan dan Industri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, bagi mendengarkan beberapa sembah taklimat.

 

Sembah taklimat mengenai Committee for Future Economy (CFE) and Industry Transformation Maps (ITMs) telah disembahkan oleh Pengarah Pejabat Future Economy Programme, Mr. Tan Lin Teck.

 

Sembah taklimat berkenaan berkisar mengenai usaha-usaha di dalam memperkembangkan ekonomi Republik Singapura selain menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi serta perancangan-perancangan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang positif dan mampan. CFE adalah satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada tahun 2016 bagi membantu merangka strategi ekonomi untuk Republik Singapura bagi masa hadapan, iaitu untuk menjadi ekonomi yang bertenaga dan berdaya tahan dengan pertumbuhan mampan untuk mewujudkan nilai dan peluang untuk semua.

 

Daripada Kementerian Perdagangan dan Industri, DYTM seterusnya berangkat meneruskan lawatan ke Devan Nair Institute for Employment and Employability. Keberangkatan tiba DYTM dijunjung oleh Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Tenaga Manusia dan Kementerian Pendidikan Republik Singapura, Puan Yang Terutama Low Yen Ling dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut berkenaan, Mr. Gary Goh.

 

DYTM kemudiannya dijunjung beredar ke bilik mesyuarat bagi mendengarkan sembah taklimat mengenai dengan institut tersebut. Devan Nair Institute for Employment and Employability adalah sebuah badan yang berperanan membantu individu dan syarikat-syarikat di dalam perkembangan profesional dan rangkaian melalui bimbingan kerjaya dan perkhidmatan pencarian tenaga kerja.

 

Selepas sembah taklimat, DYTM beredar bagi meninjau lebih dekat kemudahan-kemudahan yang terdapat di institut tersebut antaranya Singapore Bus Training and Evaluation Centre, Wavelink Maritime Institute dan Career Services Centre. DYTM juga telah dijunjung bagi menguji pandu simulator bas dan bagi menyaksikan simulator kapal yang terdapat di institut berkenaan.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, DYTM berkenan bertukar-tukar cenderahati serta berkenan bagi sesi bergambar kenangan sempena keberangkatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33