FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


TJ FT, ASMDB FT Berjaya Menewaskan Lawan


PEMAIN pasukan Mengkubau United (jersi hijau) mengawal pemain pasukan TJ FT (jersi biru).

 


 November 3rd, 2018  |  07:28 AM  |   301 views

GADONG

 

Pasukan TJ FT menang besar ke atas pasukan Mengkubau United dengan jaringan 10 - 1 pada Kejohanan Bola Sepak Liga & Piala FA kelolaan Al-Idrus Sports Club 2018 - 2019 yang berlangsung di Padang Menglait 'A', Kompleks Sukan Menglait, di sini.

 

Pada separuh masa pertama, pasukan TJ FT dihadiahkan dengan gol percuma pada minit ke-3 melalui jaringan sendiri pemain pasukan Mengkubau United, jersi 77, Awang Haji Mohd. Azlan bin Haji Minudin.

 

Pada minit ke-18 pasukan TJ FT berjaya menembusi gawang pihak lawan menerusi jaringan pemain jersi 21, Awang Abd. Nizam bin Haji Mohd. Salleh dan seterusnya pada minit ke-27, sekali lagi pasukan TJ FT menambah jaringan menerusi sepakan pemain jersi 9, Awang Keflee bin Haji Sulaiman.

 

Walaupun ketinggalan dengan jaringan 3 - 0 dan menerima beberapa asakan bertaku daripada pasukan lawan, pasukan Mengkubau United tidak berputus asa dan terus mengukuhkan pertahanan pasukan mereka dan berusaha untuk membuat beberapa serangan balas.

 

Namun selang beberapa minit sebelum separuh masa pertama ditamatkan, pasukan TJ FT sekali lagi meraih jaringan percuma menerusi pemain pasukan Mengkubau United, jersi 2, Lai Kuan Hai pada minit ke-40 yang meletakkan pasukan TJ FT selesa mendahului mereka dengan jaringan 4 - 0.

 

Pada separuh masa kedua, pasukan TJ FT mencetak beberapa lagi jaringan menerusi pemain jersi 20, Awang Bahim bin Haji Ahmad; pemain jersi 2, Awang Arman bin Haji Zaman dan pemain jersi 13, Awang Haji Rudy bin Yahya, masing-masing pada minit ke-50, 52, 57 dan pada minit ke-68.

 

Namun, pada minit ke-56, pasukan Mengkubau United berjaya menjaringkan gol saguhati mereka menerusi jaringan pemain jersi 19, Pengiran Mohd. Jafri bin Pengiran Haji Mat Zaini.

 

Walau bagaimanapun aksi pasukan TJ FT semakin ligat apabila pemain jersi 13, Awang Haji Rudy bin Yahya sekali lagi berjaya menjaringkan gol kesembilan bagi pasukannya pada minit ke-75.

 

Pasukan Mengkubau United pula tidak berputus asa dan terus melakukan serangan dan berjaya membuat beberapa percubaan gol, namun tidak berhasil menambah sebarang jaringan.

 

Pasukan TJ FT terus mengatur strategi hingga pada minit ke-77 menerusi pemain jersi 14, Pengiran Abd. Momin bin Pengiran Haji Ahmad berjaya menyumbat gol ke-10 mereka dan seterusnya mengekalkan kedudukan hingga wisel penamat dibunyikan.

 

Sementara di Padang Menglait 'B' juga berlangsung perlawanan bola sepak di antara pasukan Pondok 12 menentang pasukan ASMDB FT yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan ASMDB FT dengan jaringan 3 - 2.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33