Home > Bahasa Melayu
13 Peserta Kursus Jurulatih AFC 'C' Ke-10 Terima Sijil
TETAMU kehormat majlis, Pemangku Setiausaha Agong NFABD, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim (tengah baris depan) semasa bergambar ramai bersama para peserta Kursus Sijil Jurulatih AFC 'C' Ke-10.
November 3rd, 2018 | 07:32 AM | 404 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 13 peserta Kursus Sijil Jurulatih AFC 'C' Ke-10 menerima sijil pada Majlis Penutup Kursus Sijil Jurulatih AFC 'C' Ke-10 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Rumah NFABD, di sini.
Peserta kursus termasuk 11 jurulatih tempatan dan dua peserta luar negara dari Brazil dan England menyertai kursus yang berlangsung selama 13 hari bermula 22 Oktober lalu.
Sijil-sijil disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Agong NFABD, Pengiran Anak Md. Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat.
Juga hadir, Ahli-ahli Eksekutif dan kakitangan NFABD.
Selain menumpukan kepada sukan bola sepak, kursus itu juga turut menerapkan pengetahuan amali dan teori.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]