FacebookInstagramTwitterContact

 

Customs Offences Case           >>           Ethical and Transparent Sales Practices           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony, Ministry of Transport and Infocommunications           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony, BIBD           >>           Black Cohosh: A Timeless Herbal Remedy For Wellness And Balance           >>           “Feel G.O.O.D. Gut Health Program” On Brightu: Why Elimination Diet Is Good For You           >>           Why You Should Think Twice Before Buying Mainstream Toothpaste Formulas           >>           Donation Presentation, Samima Sendirian Berhad           >>           Donation Presentation, Fuzhou Shiyyi Association           >>           Jenni Hermoso Hopes For 'Beautiful' Spain Squad Return Vs Portugal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:38 AM

Subuh

: 04:48 AM

Syuruk

: 06:06 AM

Doha

: 06:28 AM

Zohor

: 12:07 PM

Asar

: 03:24 PM

Maghrib

: 06:07 PM

Isyak

: 07:16 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Sua Muka Kongsi Maklumat Rasmi


ROMBONGAN diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

 


 November 28th, 2018  |  07:31 AM  |   308 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong meneruskan Program Sua Muka atau lebih dikenali Personal Contact bagi Kampung Birau/Luagan Timbaran dan Kampung Bakiau/Pengkalan Mau.

 

Rombongan diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar yang disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat dan Cawangan Penerangan Daerah Tutong.

 

Program yang diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Birau, Mukim Kiudang, Daerah Tutong itu dihadiri oleh Ketua Kampung Birau/Luagan Timbaran, Awang Haji Burhanuddin bin Haji Hashim; Ketua Kampung Bakiau/Pengkalan Mau, Awang Haji Mohd. Taib bin Haji Jaluddin; ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan penduduk-penduduk Kampung Birau/Luagan Timbaran dan Kampung Bakiau/Pengkalan Mau.

 

Antara maklumat yang dikongsikan semasa program tersebut ialah memperkenalkan dan membarigakan aplikasi mudah alih Jabatan Penerangan ‘InfoDeptBN, isu mengenai penyebaran berita atau maklumat palsu yang boleh diambil tindakan di bawah perundangan Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34.

 

Turut dikongsikan ialah tatacara menaikkan bendera dengan betul dan menjaga gambar wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Di samping itu, maklumat mengenai beg plastik, pembakaran terbuka, keselamatan habitat di hutan dan pembarigaan peralihan sistem analog ke digital dari Radio Televisyen Brunei juga dikongsikan.

 

Manakala antara isu-isu yang dibangkitkan dari kedua-dua kampung berkenaan ialah masalah pancaran siaran televisyen tempatan dan pancaran telekomunikasi telefon bimbit, saliran longkang bagi menggelakkan kebanjiran dan prasarana jalan raya serta kemudahannya juga termasuk hal ehwal kebajikan awam seperti penyediaan Rancangan Perumahan Negara dan aktiviti perusahaan pertanian serta kepentingan kesedaran nasional.

 

Setakat ini, keramaian Penduduk Kampung Birau/Luagan Timbaran ialah 1111 orang sementara keramaian Penduduk Kampung Bakiau/Pengkalan Mau pula ialah 700 orang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Save Lives And Ancient Artefacts In South Korea As Wildfires Rage

 2025-03-28 00:47:41

Six Things That Could Get More Expensive For Americans Under Trump Tariffs

 2025-03-28 01:10:39