FacebookInstagramTwitterContact

 

Registration for Brunei-Cambridge Examinations for October/November           >>           Mandatory Replacement of Electricity Prepaid Meters           >>           How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Berkenan Menghantar Perutusan Tahniah Sempena Hari Kebangsaan Republik Demokratik Rakyat Lao Ke-43


 


 December 2nd, 2018  |  07:09 AM  |   327 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachith dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Dr. Thongloun Sisoulith serta kerajaan dan rakyat Republik Demokratik Rakyat Lao sempena dengan Hari Kebangsaan republik berkenaan Yang Ke-43.

 

 Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Bounnhang Vorachith, baginda menyatakan bahawa sejak perhubungan diplomatik ditubuhkan 25 tahun yang lalu, Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao sentiasa menikmati hubungan persahabatan yang akrab menerusi kerjasama di pelbagai bidang, dan baginda seterusnya berharap berpeluang meningkatkan kerjasama serantau dan perhubungan dua hala bagi kepentingan bersama negara dan rakyat masing-masing.

 

Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Dr. Thongloun Sisoulith, baginda menyatakan bahawa sempena Memperingati 25 Tahun Penubuhan Ikatan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, baginda berasa gembira di atas persahabatan yang akrab dan perkembangan hubungan dua hala yang dikecapi selama ini.

 

 Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Bounnhang Vorachith dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, TYT Dr. Thongloun Sisoulith dan semoga TYT-TYT sentiasa berada dalam kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan serta bergembira dalam menyambut perayaan Hari Kebangsaan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07