FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Erat Tangani Bencana


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan Kali Kedua.

 


 December 9th, 2018  |  08:12 AM  |   282 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Bencana Kebangsaan telah bersidang buat kali kedua pada tahun ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

 

 Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan.

 

 Dalam ucapan alu-aluannya, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyembahkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri di atas pimpinan bijaksana, visi, pandangan serta nasihat-nasihat yang berguna semasa Duli Yang Teramat Mulia menjadi Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan.

 

Yang Berhormat seterusnya menekankan bahawa kerjasama erat dan bantuan daripada pelbagai agensi adalah diperlukan bagi membantu mereka yang terjejas dalam bencana sekaligus meringkankan kesulitan yang mereka hadapi.

 

"Kerjasama yang erat dan padu ini melambangkan sikap kesiapsiagaan semua pihak yang berkenaan dan komitmen tinggi dalam menangani bencana dan kita berharap akan dapat mempertahankannya dan seterusnya meningkatkan komitmen kita sekarang dan akan datang," tambah Yang Berhormat.

 

Jelasnya lagi, Majlis Bencana Kebangsaan tersebut akan terus dijadikan sebagai platform perbincangan holistik seperti yang termaktub dalam Perintah Pengurusan Bencana 2006 ke arah membina daya tahan negara dan masyarakat dalam menangani risiko-risiko bencana alam dan juga ancaman-ancaman insiden buatan manusia bagi menjunjung sabda Duli Yang Teramat Mulia.

 

Langkah proaktif terang Yang Berhormat, telah diambil oleh Pusat Bencana Kebangsaan (NDMC) dengan meningkatkan kerjasama dengan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance (AHA Centre) khususnya dalam bidang meningkatkan keupayaan tenaga manusia dengan memberi peluang kakitangan pusat berkenaan dan agensi-agensi berkenaan mengikuti kursus-kursus tertentu dan memanfaatkan program-program latihan di bawah perjanjian 'ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER 2009).

 

 Di samping itu, Negara Brunei Darussalam juga telah menghantar dua orang anggota dari NDMC dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi menyertai Pasukan ASEAN Emergency Response Assessment Team (ASEAN ERAT) bagi membuat penilaian segera dan mengumpul maklumat ke kawasan-kawasan terjejas bencana Sulawasi, di samping menilai keperluan penduduk yang terjejas sebagai mendukung usaha-usaha pihak Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) di Palu, Indonesia.

 

 "Ia adalah merupakan satu pendedahan kepada pegawai-pegawai tempatan untuk meraih pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam menghadapi bencana gempa bumi," jelas Yang Berhormat.

 

 NDMC turut mengadakan bengkel-bengkel dan Table Top Exercise bagi menilai serta menyelaras keupayaan tindakan-tindakan secara bersepadu dan ia diharap akan dapat diadakan pada tahun 2019 dan akan datang.

 

Yang Berhormat turut menyatakan bahawa keadaan iklim dunia sudah berubah dan sukar untuk diramal dan Asia Pasifik menjadi rantau yang mudah mengalami bencana sepertimana yang telah disaksikan oleh semua pihak pada tahun ini.

 

"Ini adalah merupakan cabaran besar kepada pihak pengurusan bencana dan kita perlu sentiasa berwaspada serta siapsiaga dalam menghadapi pelbagai jenis serta bentuk bencana yang mungkin berlaku," tambah Yang Berhormat.

 

 Semasa mesyuarat kali kedua berkenaan, para ahli turut mendengarkan taklimat mengenai kejadian-kejadian bencana alam yang berlaku di Negara Brunei Darussalam dan usaha-usaha yang giat dijalankan yang disampaikan oleh Pengarah NDMC, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

 

 Mesyuarat juga telah mendengarkan taklimat dan membincangkan langkah-langkah mitigasi banjir yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

 

Strategi mitigasi banjir yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pembangunan termasuk perancangan jangka panjang, kerja-kerja mitigasi banjir, pemeliharaan aset-aset saliran dan kawalan pembangunan yang merangkumi keempat-empat daerah.

 

 Di antara kerja-kerja yang telah dilaksanakan termasuk menaik taraf sistem saliran yang sedia ada, membina dan memelihara kolam takungan, membina stesen pam saliran dan menaiktaraf sungai-sungai utama serta anak-anak sungai yang berkenaan.

 

Turut menghadiri mesyuarat berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam; Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud selaku Setiausaha Majlis Bencana Kebangsaan dan Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Kementerian yang lainnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07