FacebookInstagramTwitterContact

 

You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


24 Denda Kompaun Dikenakan Kepada 91 Peniaga


 


 December 10th, 2018  |  07:36 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) mengeluarkan sebanyak 24 kompaun masing-masing berjumlah BND500 dan 73 notis amaran bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Peraturan Paparan Tanda Harga dan Peraturan Harga Jualan Murah dari bulan September hingga awal bulan Disember 2018. Kesalahan-kesalahan tersebut melibatkan 91 peniaga.

 

Semasa lawatan pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, JPKE di seluruh Negara Brunei Darussalam mendapati beberapa kesalahan seperti barangan termasuk minyak masak, susu tepung anak damit, gula dan beras yang dijual melebihi harga maksima yang ditetapkan oleh JPKE dan agensi-agensi yang berkenaan. Beberapa premis perniagaan juga didapati tidak mempamerkan tanda harga bagi barangan yang dijual dan juga mengadakan acara harga jualan murah tanpa memaklumkan ke JPKE.

 

Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna mengingatkan para peniaga untuk sentiasa mematuhi akta tersebut dengan memastikan barangan yang dikawal harga tidak dijual melebihi harga maksima yang ditetapkan. Maklumat harga maksima terkini boleh didapati dari aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan di laman sesawang JPKE.

 

Para peniaga juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan paparan tanda harga dan harga jualan murah dengan memastikan barangan yang dijual diberikan tanda harga yang jelas dan sebarang acara harga jualan murah dijalankan secara beretika. Pematuhan kepada peraturan-peraturan ini bukan saja untuk memelihara kebajikan pengguna dari segi ketelusan harga dan membolehkan membuat perbandingan harga, tetapi juga untuk mendokong pertumbuhan perniagaan dengan memupuk keyakinan para pengguna dan meningkatkan penggunaan yang berdaya tahan yang mana adalah faktor-faktor yang penting dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik.

 

Peniaga yang didapati tidak mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan kompaun tidak melebihi BND1,000 selepas dikeluarkan notis amaran pertama. Bagi kesalahan berikutnya, peniaga boleh didakwa dan dikenakan denda tidak melebihi BND20,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun.

 

JPKE menekankan bahawa harga maksima hanya ditetapkan kepada 12 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142. Barangan ini termasuk minyak masak, susu tepung anak damit, kenderaan bermotor penumpang, gula, beras dan produk-produk tenaga. Walaupun harga maksima ditetapkan, para peniaga digalakkan untuk memberikan harga-harga yang kompetitif bagi menarik pelanggan.

 

Pihak awam juga diingatkan bahawa kawalan harga hanya dikenakan kepada barangan yang tersenarai di dalam akta bagi memelihara pasaran yang dinamik. Para pengguna dinasihatkan untuk memahami hak dan tanggungjawab mereka dan membuat pilihan perbelanjaan yang berdasarkan maklumat dan untuk mendapatkan nilai wang terbaik dengan membuat perbandingan harga dan pengganti (substitutes) di pasaran.

 

Dalam menyokong insiatif Pengguna Bijak, JPKE menggalakkan pihak awam untuk menggunakan aplikasi mudah alih PenggunaBijak yang boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS dan Android.

 

JPKE juga mengalu-alukan maklum balas, dan apa jua penjelasan mengenai kawalan harga dan perlindungan pengguna boleh diajukan ke Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna melalui talian +673 2230223 (semasa waktu pejabat); Aplikasi mudah-alih: PenggunaBijak/Smart

 

Consumer; E-mel: '[email protected]' atau terus ke Pejabat JPKE di alamat Bilik 3.06, Aras 3, West Wing, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131, Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07