Home > Bahasa Melayu
Cabaran Ketengahkan Masakan Indonesia
MINISTER Counsellor for Economic Affairs dari Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Eko Himawan ketika merasmikan pelancaran One Day Fabulous Indonesian Culinary Challenge and Food Fest.
December 10th, 2018 | 07:58 AM | 216 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Pelancaran One Day Fabulous Indonesian Culinary Challenge and Food Fest telah diadakan di Parkview Hotel, Kampung Jerudong, di sini.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Minister Counsellor for Economic Affairs dari Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam, Eko Himawan.
Acara anjuran Persatuan Cef Indonesia (ICA) di Negara Brunei Darussalam itu turut menampilkan Cef Selebriti, Juna Rorimpendey sebagai salah seorang panel hakim.
Acara berkenaan diisi dengan Pertandingan Paparan Bakso, Pertandingan Ukiran Buah dan Pertandingan masakan Black Box.
Pertandingan disertai oleh cef-cef berpengalaman dari pelbagai restoran di negara ini.
Sementara itu, penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada Majlis Gala yang juga akan diadakan di hotel berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]