FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rombongan Isteri Pegawai Daerah Tutong Kunjungi Pengusaha 1K1P Daerah Belait


ROMBONGAN menyaksikan demonstrasi pembuatan sos cili MPK Mumong.

 


 December 10th, 2018  |  08:01 AM  |   432 views

KUALA BELAIT

 

Lawatan kerja rombongan isteri Pegawai Daerah Tutong kali ini mengunjungi pengusaha-pengusaha 1 Kampung 1 Produk (1K1P) di Daerah Belait.

 

Rombongan diketuai oleh isteri Pegawai Daerah Tutong, Dayang Lunayati binti Tuah adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli rombongan bagi mempelajari kaedah-kaedah dan amalan-amalan terbaik daripada para pengusaha yang telah berjaya dalam perniagaan produk mereka dalam mendokong dan menjayakan program dan projek 1K1P Daerah Belait yang mana dapat dikongsikan bersama ahli-ahli rombongan dan para pengusaha di kampung masing-masing.

 

Lawatan tersebut juga memberi peluang kepada ahli-ahli rombongan untuk mengeratkan silaturrahim dan kerjasama serta bertukar-tukar fikiran dan pandangan antara kedua-dua Institusi Mukim dan Kampung Daerah Tutong dan Daerah Belait mengenai perkembangan program dan projek 1K1P dan juga pelbagai bidang sosio-ekonomi mukim dan kampung.

 

Lawatan dimulakan di Muzium Daerah Belait bagi menyaksikan pameran-pameran budaya suku kaum Belait, flora dan fauna, dan maklumat-maklumat mengenai sejarah pembangunan dan pencapaian pentadbiran daerah.

 

Seterusnya rombongan berkesempatan berkunjung dan beramah mesra bersama ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) yang terdiri daripada para pengusaha 1K1P di Mukim Kuala Belait dan Mukim Labi.

 

Lawatan seterusnya ialah ke tempat 1K1P MPK Kampung Mumong yang mana rombongan disambut oleh Ketua Kampung Mumong dan ahli-ahli MPK Kampung Mumong.

 

Rombongan terlebih dahulu mendengarkan taklimat ringkas mengenai perkembangan produk-produk 1K1P MPK Mumong yang telah disampaikan oleh Biro Wanita MPK Kampung Mumong.  Seterusnya rombongan dibawa menyaksikan demonstrasi masakan serta pameran dan jualan bagi produk Sos Cili, Jem Rosella, Kordial Rosella, Kuih Bahulu, Kek Marble dan produk-produk lain yang diusahakan oleh MPK tersebut.

 

Di sebelah petang, rombongan melawat Rumah Panjang Mendaram Besar, Mukim Labi 2 dan mendengarkan taklimat daripada salah seorang ahli Biro Wanita MPK tersebut.

 

Selesai taklimat, rombongan berkesempatan menyaksikan dan ikut serta mempersembahkan tarian Ngajat yang dibawakan oleh ahli-ahli MPK Labi 2.  Rombongan seterusnya menyaksikan demonstrasi dan pameran serta jualan produk kraf tangan dan anyaman.

 

Turut menyertai rombongan lawatan berkenaan ialah isteri Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai, Hajah Dayang Norsiah binti Haji Ahmad; isteri-isteri Penghulu dan Ketua Kampung Daerah Tutong; ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong dan beberapa pegawai dan kakitangan Bahagian Institusi Mukim dan Kampung Jabatan Daerah Tutong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07