FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


23 Aktiviti Kesukarelawanan Diadakan Sempena Day Of Action


ANTARA komuniti serta masyarakat di Daerah Belait menjalankan aktiviti sukarela.

 


 December 10th, 2018  |  08:02 AM  |   291 views

KUALA BELAIT

 

Kesukarelawan Membina Masyarakat Yang Berdaya Tahan merupakan tema sambutan Day of Action (D.o.A) Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 dengan melakukan beberapa aktiviti kesukarelawanan yang berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan.

 

Sehubungan itu, Jabatan Daerah Belait dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta serta persatuan-persatuan bukan kerajaan telah mengendalikan aktiviti-aktiviti di setiap mukim dan kampung dengan mengadakan kempen-kempen dan membantu masyarakat yang memerlukan.

 

Tumpuan utama diadakan di Taman Riadah Jubli Emas, Kuala Belait dan hadir bagi merasmikan program berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad dengan menyerahkan bantuan kepada beberapa orang yang memerlukan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Sungai Teraban, Awang Haji Omar Ali bin Haji Mohd. Hussain.

 

Program itu dihasratkan menarik lebih ramai penyertaan serta mengembangkan program atau aktiviti sukarelawan dalam kalangan semua lapisan masyarakat di Daerah Belait.

 

Melalui pelaksanaan D.o.A. itu juga diharap akan dapat menjalinkan hubungan silaturahim di antara pelbagai agensi terutama yang berkaitan dengan kempen sukarelawan di Negara Brunei Darussalam.

 

Kempen seumpama itu akan diungkayahkan secara berterusan dan tidak berhenti pada hari itu sahaja.

 

Seramai 400 penyertaan dalam 23 jenis aktiviti kesukarelawan seperti Kempen Kebersihan di sepanjang Jalan Maulana, kawasan persisiran pantai di Taman Jubli Perak dan kawasan persekitaran Taman Riadah Jubli Emas.

 

Beberapa aktiviti sukarelawan seperti Kempen Kebersihan Masjid-Masjid, bantuan catuan makanan, kelas berenang untuk kanak-kanak dan membersihkan rumah orang-orang tua juga rancak dijalankan serentak pada masa yang sama.

 

Kempen tersebut memfokuskan kepada usaha dan sumbangan sukarelawan tempatan di dalam sama-sama membangunkan masyarakat atau komuniti setempat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07