FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muhd. Haziq Junaidi Raih Pingat Emas Boling Padang


PARA atlet negara yang mendapat satu pingat emas, satu pingat perak dan empat pingat gangsa pada acara Boling Padang.

 


 December 10th, 2018  |  08:05 AM  |   411 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Atlet Boling Padang Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Muhd. Haziq Junaidi berjaya meraih pingat emas tunggal bagi Acara Boling Padang Perseorangan Lelaki dalam Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 yang berlangsung di Kompleks Boling Padang, Stadium Negara Hassanal Bolkiah di sini.

 

Pingat-pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Awang Haji Ladi.

 

Muhd. Haziq Junaidi yang mewakili Brunei Darussalam 'A' berjaya menumpaskan atlet Boling Padang Kebangsaan, John Davies dari Northern Territory, 21 – 7, manakala pingat gangsa diraih Mohd. Azwan Azman wakil dari Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Dalam Acara Perseorangan Wanita, pingat emas dimiliki oleh Adlin Jazlina Rosland wakil dari Wilayah Persekutuan Labuan setelah mengalahkan saingannya dari Sabah, Nurnajmi Jannah Jali 21 – 17 dan pingat gangsa milik Regan Maher wakil dari Northern Territory.

 

Manakala, dalam Acara Men's Pair, pasangan Edver Rivaldee Holiday dan Muhd. Hafiz Firdaus dari Sabah berjaya mendapat pingat emas, diikuti dengan pingat perak milik pasangan dari Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Mohd. Muizzaddin Sanip dan Haziq Jamri dan pingat gangsa disandang oleh pasangan Muhd. Danial Irfan bin Abd. Rahman dan Muhd. Haziq Junaidi dari Brunei Darussalam 'A'.

 

Bagi Acara Women's Pair pula, pasangan dari Sabah Nurnajmi Jannah Jali dan Nur Zarifah Wajihah Zaidi berjaya merangkul pingat emas, diikuti dengan pingat perak yang dimenangi oleh pasangan Nur Zur'ain Md Zaidi dan Adlin Jazlina Rosland dari Wilayah Persekutuan Labuan dan pasangan Rabiatul Adawiyah Keflee dan Shelvie Elyana Haji Sallahuddin Sharmine dari Brunei Darussalam 'B' merangkul pingat gangsa.

 

Dalam Acara Men's Triple, pasukan WP Labuan berjaya meraih pingat emas, diikuti dengan pingat perak yang dimiliki oleh pasukan Brunei Darussalam 'A' dan pasukan dari Sabah mendapat pingat gangsa.

 

Manakala, dalam Acara Women's Triple pula, pingat emas dirangkul oleh pasukan dari Sabah disusuli dengan pasukan Northern Territory yang mendapat pingat perak dan pingat gangsa diraih oleh pasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sementara itu, dalam Acara Men's Four, pasukan dari Sabah berjaya mendapat pingat emas, diikuti dengan pasukan Wilayah Persekutuan Labuan yang menyandang pingat perak dan pingat gangsa dimiliki oleh pasukan Brunei Darussalam 'A'.

 

Bagi Acara Women's Four, pingat emas diraih oleh pasukan Wilayah Persekutuan Labuan disusuli dengan pasukan Sabah yang mendapat pingat perak dan pasukan Brunei Darussalam 'A' mendapat pingat gangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07