FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Atlet Wushu Negara Rangkul Tujuh Pingat Emas


TIMBALAN Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif ketika menyampaikan pingat emas kepada Awang Mohd Adi Salihin bin Roslan dari Pasukan Brunei Darussalam 'A' dalam acara NanQuan Lelaki.

 


 December 10th, 2018  |  08:08 AM  |   368 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Skuad Wushu Kebangsaan berjaya merangkul tujuh pingat emas bagi acara Peringkat Akhir Wushu pada Kejohanan Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional) di Kementerian Kesihatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif.

 

Pada acara ChangQuan lelaki, Walid Lachkar mewakili Brunei Darussalam 'A' berjaya meraih pingat emas selepas mendapat 9.09 mata, diikuti pingat perak dimiliki oleh Ericsson Bong Cheng Loong yang mewakili pasukan Sabah yang mendapat 8.92 mata dan pingat gangsa dimenangi oleh Abel @ Lim Wee Yuan yang mewakili Brunei Darussalam 'A' dengan 8.80 mata.

 

Dalam acara ChangQuan wanita pula, skuad kebangsaan merangkul ketiga-tiga pingat emas, perak dan gangsa yang diperoleh menerusi Sherissa Lim Wan Chi dan Ling Dexuan, wakil dari Brunei Darussaalam 'A' masing-masing mendapat 9.05 mata dan 9.03 mata manakala Ling Dexun wakil dari Brunei Darussalam 'B' mendapat mendapat 8.74 mata.

 

Skuad kebangsaan juga berjaya merangkul ketiga-tiga pingat emas, perak dan gangsa dalam acara JianShu wanita dimana Ling Dexuan meraih pingat emas dengan 9.09 mata, diikuti dengan Sherissa Lim Wan Chi yang meraih pingat perak dengan 9.02 mata dan pingat gangsa dimiliki oleh Ling Dexun dengan 8.93 mata.

 

Sementara itu, dalam acara DaoShu lelaki, Mohd. Safiee Shayferan bin Roslan yang mewakili Brunei Darussalam 'A' berjaya merangkul pingat emas dengan mengutip 9.18 mata, diikuti dengan pingat perak dan pingat gangsa, masing-masing dimiliki oleh wakil dari Mindanao iaitu Lynter James B Franco dan Walros James B Franco yang mengutip 9.13 mata dan 9.12 mata.

 

Dalam acara TaijiQuan + TaijiJian wanita, Ang Guat Lian wakil dari Brunei Darussalam 'A' berjaya mendapat pingat emas dengan 9.20 mata, disusuli dengan pingat perak yang diraih oleh Lim Yee Sean wakil dari Brunei Darussalam 'B' dengan 9.14 mata dan pingat gangsa dimiliki oleh Mo Shi Qi dari Sarawak dengan 8.97 mata.

 

Manakala, bagi acara NanQuan + NanGun lelaki, pingat emas dan pingat perak masing-masing dimiliki oleh Mohd. Adi Salihin bin Rosalan dan Majdurano Joel Majallah Sain dari Brunei Darussalam 'A', masing-masing mengutip 18.56 mata dan 18.37 mata, diikuti dengan pingat gangsa yang diraih oleh Wilson Teo Key Jue dari Sarawak yang mengutip 17.63 mata.

 

Bagi acara TaijiJian + TaijiQuan lelaki, Hosea Wong Zheng Yu wakil dari Brunei Darussalam 'A' berjaya meraih pingat emas dengan mendapat 18.49 mata, diikuti dengan pingat perak yang diraih oleh Mok Xiao Yuan yang mewakili Sarawak dengan 18.13 mata dan Klrvince Kong Zhe Hong dari Sarawak juga meraih pingat gangsa dengan mengutip 16.99 mata.

 

Dalam acara NanDoa + NanQuan wanita, pingat emas dimiliki oleh Koh Yun C yang mewakili Sarawak dengan mendapat 18.34 mata, disusuli dengan Nur Batrisya binti Ripin dari Brunei Darussalam 'A' meraih pingat perak dengan mengutip 18.33 mata dan pingat gangsa milik Fung Ai Lee dari Sarawak dengan 17.12 mata.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07