FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertandingan Masakan Indonesia Sempena BDF 2018


TETAMU Kehormat, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Haji Ahmad menyaksikan penyediaan makanan tradisional Indonesia 'Kerak Telur' pada petak Fabulous Indonesia Culinary Event.

 


 December 10th, 2018  |  08:23 AM  |   233 views

JERUDONG

 

Dalam usaha untuk sama-sama memberikan sokongan serta memeriahkan Brunei December Festival (BDF) 2018, Persatuan Chef Indonesia (ICA) Brunei turut menganjurkan Fabulous Indonesia Culinary Event (FICE) dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan Hotel Parkview yang berlangsung di hotel tersebut, di sini.

 

Acara yang merupakan pertandingan masakan Indonesia itu menerima sebanyak 28 penyertaan terdiri daripada cef-cef profesional dan juga para pelajar yang berada di Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Haji Ahmad.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi ICA, Cef Nova Akbar.

 

Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Sujatmiko semasa berucap menjelaskan, terdapat seramai 300 orang chef Indonesia berkerja di hotel-hotel dan restoran negara ini dan 150 daripadanya merupakan ahli-ahli ICA.

 

Menurut TYT, selain daripada pertandingan masakan, KBRI juga akan mengadakan Culinary and Music Festival yang akan berlangsung pada 23 Disember 2018 di Jerudong Park Ampitheatre dan masuk adalah percuma.

 

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu Bakso Creation; Fruit Carving dan Black Box Cooking Challenge yang dihakimkan oleh Panel Hakim jemputan, iaitu Cef Selebriti, Juna Rorimpendey.

 

Dalam Kategori Penuntut bagi Black Box Cooking Challenge, Bryan Goh Jia Hao, Nordiana binti Abdullah Bat dan Md. Hajizul Amirin bin Haji Md. Sharazmi dari IBTE Sultan Saiful Rijal College of Hospitality and Tourism masing-masing mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

 

Majlis juga diserikan dengan demonstrasi memasak secara langsung (live cooking) oleh Cef Juna di samping pameran dan petak hidangan makanan serta kuih-muih tradisional Indonesia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07