FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 Labuh Tirai


TIMBALAN Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw ketika hadir selaku tetamu kehormat Majlis Penutupan Rasmi Kejohanan Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018.

 


 December 10th, 2018  |  08:36 AM  |   318 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kejohanan Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 yang bermula pada 7 Disember 2018 yang lalu telah menutup tirai dengan jayanya hari ini dengan Majlis Penutupan Rasmi yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018; Duta-Duta serta Perwakilan Negara Asing; Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Yang Dipertua dan Setiausaha Agung Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan serta pegawai-pegawai dari agensi kerajaan dan swasta.

 

Aturcara dimulakan dengan perbarisan lalu kontinjen-kontinjen yang menyertai Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, diiringi oleh Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti dengan pembawa bendera logo yang terdiri dari Alumni Persatuan Program Khidmat Bakti Negara.

 

Perbarisan lalu didahului dengan Kontinjen Republik Indonesia terdiri dari Sulawesi Barat dan Sulawesi Selatan; diikuti Kontinjen Negara Malaysia terdiri dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan; Kontinjen Republik Filipina terdiri dari Mindanao dan Palawan; Kontinjen Northern Territory, Australia dan diakhiri oleh Kontinjen Negara Brunei Darussalam iaitu Brunei Darussalam 'A' dan Brunei Darussalam 'B'.

 

Datin Paduka Dr. Hajah Norlila dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata penglibatan para peserta menampakkan kuasa perpaduan melalui sukan dengan tidak mengenal halangan bangsa, politik, agama, dan bahasa.

 

Tambahnya, kejohanan sukan berkenaan menjadi salah satu acara yang penting dalam kalendar sukan di rantau ini sebagai platform untuk menjalinkan rangkaian, memperkukuhkan persahabatan dan kepelbagaian budaya di seluruh rantau ini.

 

Majlis kemudian disusuli dengan penutupan rasmi Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 oleh Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, diikuti dengan upacara menurunkan bendera kejohanan.

 

Upacara penyerahan bendera kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian kepada Pengerusi Majlis Sukan BIMPNT-EAGA, Yang Terhormat Datok Jufri Rahman dan seterusnya menyerahkan kepada Ketua Kontinjen Republik Filipina, Yang Berhormat Charles Raymond A. Maxey, yang mana Republik Filipina akan menjadi Negara Tuan Rumah  Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-11 bagi tahun 2020.

 

Ketua Kontinjen Republik Filipina selaku wakil Negara Tuan Rumah Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-11, 2020 dalam ucapannya antara lain berkata sejak permulaan sukan tersebut pada tahun 1997, persahabatan dan kerjasama antara negara-negara anggota merupakan objektif utama kejohanan sukan tersebut.

 

Tambahnya, sejak beberapa hari lalu, mereka telah mencapai satu lagi kejayaan dalam sejarah kesukanan yang mana mereka datang ke sini bukan sebagai pesaing tetapi sebagai kawan.

 

Acara turut diserikan dengan tayangan video Sukan Persahabatan BIMPNT-EAGA Ke-10, 2018 dan persembahan dari Republik Filipina yang dipersembahkan oleh penuntut-penuntut dari Sekolah Seri Mulia Sarjana dan Sekolah Antarabangsa Seri Mulia Sarjana.

 

Edisi Sukan Persahabatan kali ini telah mempertemukan lebih kurang 795 orang peserta, pegawai dan jurulatih dari 10 kontinjen yang ikut serta.

 

Manakala jumlah keseluruhan pingat yang telah menjadi rebutan adalah sebanyak 272 pingat iaitu 87 pingat emas, 87 pingat perak dan 98 pingat gangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07