FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PUJA Run And Cycle 2018 Meriahkan Bandarku Ceria


ANTARA aktiviti yang mengambil tempat di sekitar kawasan ibu negara.

 


 December 10th, 2018  |  08:58 AM  |   636 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena dengan Brunei December Festival 2018 dan minggu Bandarku Ceria yang diadakan setiap Ahad, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di sekitar kawasan ibu negara.

 

Antara acara yang mengambil tempat ialah kegiatan Riadah Sambil Beramal anjuran Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), iaitu PUJA Run and Cycle 2018.

 

Sebanyak tiga kategori larian diadakan, iaitu larian sejauh tiga kilometer, enam kilometer dan 10 kilometer serta acara berbasikal sejauh 21 kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Antara yang menyertai kayuhan basikal sejauh 21 km ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

 

Turut menyertai larian sejauh 3 km ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman selaku Presiden PUJA.

 

Terdahulu, pelepasan peserta larian dan kayuhan basikal yang bermula dan berakhir di taman berkenaan disempurnakan oleh Presiden PUJA.

 

Kira-kira lebih 300 penyertaan menyertai acara Riadah Sambil Beramal berkenaan yang dihasratkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli PUJA untuk mengikuti kegiatan Riadah Sambil Beramal bersama keluarga, selain turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk sama-sama menyertai acara larian dan berbasikal amal berkenaan.

 

Di samping itu, ianya juga dihasratkan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai PUJA sebagai sebuah pertubuhan profesional yang mempunyai keahlian kira-kira 800 orang.

 

Pada masa yang sama, acara itu juga merupakan usaha amal PUJA untuk mengutip sumbangan yang akan dihulurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan.

 

Keunikan laluan bagi acara larian dan berbasikal ialah para peserta bagi acara Larian 6KM dan 10KM serta Kayuhan Berbasikal 21KM berpeluang untuk melalui Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

 

Juga memeriahkan lagi minggu Bandarku Ceria dan musim cuti persekolahan kali ini ialah aktiviti Memupuk Budaya Membaca anjuran Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menyediakan sudut ruang bacaan bagi kanak-kanak dan dewasa.

 

Aktiviti-aktiviti lain yang turut mengambil tempat di sekitar kawasan ibu negara ialah antaranya aktiviti riadah berbasikal, berbeca bersama keluarga, 'bubble-fun games' bagi kanak-kanak, senamrobik dan sebagainya.

 

Juga menjadi tumpuan para pengunjung setiap minggu ialah gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai juadah makanan dan minuman serta barangan aksesori termasuk pakaian, kasut dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07