FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lebih 1,000 Belia Sertai Hari Bertindak 2018


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan Penyerahan Barang.

 


 December 10th, 2018  |  09:10 AM  |   369 views

BERAKAS

 

Lebih kurang 80 projek yang melibatkan lebih daripada 1,000 orang belia turut serta dalam Hari Bertindak (Day Of Action - D.O.A) 2018 yang berlangsung secara serentak di keempat-empat daerah hari ini.

 

Hari Bertindak 2018 meliputi pelbagai aspek yang bukan sahaja mengenai kebersihan, malah ianya termasuklah dari aspek memberikan taklimat, memberikan kesedaran dan juga pengetahuan.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei pada Pelancaran Hari Bertindak 2018 sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 di Letak Kereta VVIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menerangkan Hari Bertindak 2018 yang diungkayahkan dengan kerjasama dari beberapa kementerian tersebut juga akan melibatkan lebih daripada 40 persatuan atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs).

 

"Alhamdulillah, Hari Bertindak tahun ini merupakan pendekatan seluruh negara (whole of nation approach) yang bukan sahaja melibatkan golongan belia akan tetapi kesemua golongan peringkat.

 

Namun kita amat bersyukur kerana belia kita sudah dan terus menampilkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawanan, ianya menunjukkan bahawa negara kita mempunyai masyarakat yang peka, pengingau, titih dan mempunyai sifat kekitaan yang amat diharapkan dalam membina negara yang lebih maju dengan masyarakat yang kredibel dan cemerlang," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Majlis pelancaran tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-Huffaz Management, Awang Haji Mohammad Loqman Al-Hakim bin Haji Hamdan diikuti dengan Penyerahan Barang Bantuan dan Makanan Kepada Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei [PKTLB] yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

 

Yang Berhormat seterusnya menyaksikan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang berlangsung di kawasan berkenaan.

 

Juga hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash'ari; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pemangku Pegawai Daerah Brunei Muara dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07