FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berhibur Sambil Beramal Bersama MKM


HADIR selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 


 December 10th, 2018  |  09:13 AM  |   464 views

JERUDONG

 

Persembahan hiburan amal Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) Live Charity Performance mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, khususnya para dermawan di negara ini.

 

Persembahan malam ini menampilkan artis-artis terkenal tanah air, iaitu Browne, Dani Ahmad, Rafiz, Juan Madial, Affendy Agus, The Young Once dan Beatz Band serta penampilan istimewa artis bertaraf antarabangsa, Fakhrul Razi.

 

Hadir pada persembahan gemerlapan yang berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri.

 

Selain itu, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan tarian dari Kumpulan Gentara BWN Dance Group.

 

Pada kesempatan ini, MKM sukacita mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai serta para dermawan yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan persembahan hiburan amal ini dengan membeli tiket-tiket yang berharga BND50, BND20 dan BND5 di mana tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan hiburan ini telah terjual 100 peratus.

 

Hasil daripada penjualan tiket-tiket untuk menyaksikan MKM Live Charity Performance akan digunakan bagi membiayai projek-projek membantu golongan yang memerlukan di negara ini, khususnya klien-klien MKM.

 

Bagi pihak Yang Dipertua MKM, Mohd. Yusof Halim juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai, khususnya para dermawan di negara ini yang telah berkesudian untuk membeli tiket-tiket tersebut.

 

Dalam pada itu, acara MKM Live Charity Performance telah disenaraikan dalam projek Hari Bertindak sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2018 (Day of Action in conjunction of International Volunteers Day 2018), yang mana lebih 60 sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi di negara ini turut terlibat menjayakan Projek MKM ini.

 

MKM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti amal yang bertujuan ke arah kesejahteraan masyarakat, terutama sekali golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.

 

Objektif utama MKM ialah untuk menyokong usaha-usaha kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani isu-isu sosial di negara ini dan objektif ini dicapai dengan campur tangan langsung dan tidak langsung (direct and indirect intervention) melalui aktiviti keugamaan, pendidikan, latihan, panduan dan nasihat, pembangunan kapasiti, kempen kesedaran dan penyelidikan.

 

Dalam menangani isu masyarakat yang kurang bernasib baik, MKM percaya dengan 'long term intervention' yang mana kepincangan hidup tidak dapat ditangani dengan satu aktiviti bantuan yang bermusim tetapi ia harus dibuat dengan berterusan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07