FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersedekah Kunci Diluaskan Rezeki


HADIR sama mendengarkan Tazkirah Subuh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta ahli-ahli jemaah yang lain.

 


 December 10th, 2018  |  09:15 AM  |   283 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Agama Islam mengharuskan umatnya untuk berkongsi rezeki dengan bersedekah kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan merupakan kunci utama bagi diperluaskan rezeki daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sedekah adalah merupakan satu pemberian ikhlas yang diberikan kepada pihak yang memerlukan semata-mata untuk meraih pahala dan mengharapkan keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Perkara tersebut antara inti pati sesi tazkirah bagi Program Masjidku Makmur Negara Berkat bertajuk 'Manfaat Bersedekah Di Jalan Allah' yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tutong, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji Metusin.

 

Dengan menderma, jelasnya, seseorang itu akan dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah Subhanahu Wata'ala serta menghindarkannya daripada bersifat materialistik, sifat bakhil serta tamak.

 

Tambahnya, penderma juga akan mempunyai fikiran yang lebih positif dan seterusnya sering melahirkan rasa syukur dan 'qana'ah' atas nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien minggu ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama Jabatan Perdana Menteri.

 

Program mingguan ini mengajak dan mengalu-alukan jemaah dengan meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah pada awal waktu di masjid.

 

Di samping itu, program ini turut memberikan peluang kepada para pengunjung Bandarku Ceria untuk memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan.

 

Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Arif Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd. Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30