FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPDB Berusaha Kurangkan Kadar Kemalangan, Jenayah


DUA operasi sekatan jalan raya dan satu operasi rondaan pencegahan jenayah telah dikendalikan oleh Balai Polis Kampong Ayer dan Operasi sekatan Jalanraya juga turut dijalankan daripada Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin.

 


 December 11th, 2018  |  06:59 AM  |   374 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua Operasi Sekatan Jalan Raya dan satu Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah dikendalikan semalam pada Ahad, 9 Disember di beberapa kawasan di Bandar Seri Begawan.

 

Operasi Sekatan Jalan Raya tersebut menumpukan di kawasan bawah Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan kawasan Kampung Lumapas.

 

Operasi yang berakhir pada jam 4.30 pagi tersebut berhasil mengeluarkan dua tindakan kompaun ke atas pemandu-pemandu bagi kesalahan cukai jalan, insurans dan lesen memandu yang mansuh.

 

Manakala Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah yang dikendalikan oleh Balai Polis Kampung Ayer dijalankan sepanjang kawasan jalan Sungai Asam hingga ke Jalan Tanjung Dual Kampung Lumapas yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul dan lapan anggota Balai.

 

Sementara di Daerah Tutong pula, Operasi Sekatan Jalan Raya juga turut dijalankan daripada Balai Polis Tutong dan Balai Polis Lamunin yang dianggotai seramai 36 anggota diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd. Hani.

 

Operasi yang dijalankan di kawasan jalan Masjid Kampung Sengkarai dan kawasan jalan berdekatan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sengkarai itu mendapati 23 kesalahan kompaun juga tiga kesalahan doket kerana kereta yang dipandu tidak dilindungi insurans.

 

Antara kesalahan kompaun yang diambil tindakan ialah mengubah suai kenderaan, tidak mempunyai lesen memandu yang sah, lesen memandu dan cukai jalan mansuh juga tayar tidak selamat untuk digunakan (keluar benang).

 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya patuh pada undang-undang jalan raya, di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalu lintas dan jenayah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30