FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengeluaran Kad Lesen Memandu Tanpa Mikrocip Ditunda 12 Disember


PEMANGKU Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud pada Sidang Media menjelaskan mengenai penangguhan pengeluaran Kad Lesen Memandu tanpa mikrocip tersebut.

 


 December 11th, 2018  |  07:08 AM  |   742 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai khususnya pemohon-pemohon baharu dan yang berhajat untuk memperbaharui lesen memandu bahawa Cawangan-cawangan Perkhidmatan Pos tidak akan menerima sebarang permohonan Lesen Memandu buat sementara waktu dan akan hanya mula menerima permohonan-permohonan tersebut bermula Rabu, 12 Disember 2018.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dalam Sidang Media yang diadakan di Ibu Pejabat JPD, di sini.

 

Menurut Pengiran Mohammad Amirrizal, perkara tersebut adalah disebabkan berlakunya sedikit gangguan teknikal ke atas sistem bagi mencetak Kad Lesen Memandu tanpa mikrocip yang dijadualkan bermula hari ini, 10 Disember 2018.

 

Pihak JPD juga memberikan jaminan permohonan-permohonan baharu akan mula dapat diterima bermula pada Rabu, 12 Disember 2018 bagi Cawangan-cawangan JPD dan sembilan cawangan Perkhidmatan Pos, iaitu bagi Daerah Brunei dan Muara ialah di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC); Pejabat Pos Sengkurong; Pejabat Pos Seri Kompleks Batu Satu; Pejabat Pos Menglait Gadong dan Pejabat Pos Muara. Bagi Daerah Belait ia boleh dibuat di Pejabat Pos Kuala Belait; Pejabat Pos Seria dan Pejabat Pos Lumut manakala bagi Daerah Tutong di Pejabat Pos Tutong.

 

Jelasnya, dalam masa yang sama untuk memastikan orang ramai tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa operasi penguatkuasaan jalan raya dan semasa membuat perjalanan darat di negara jiran, pihak JPD telah memaklumkan perkara ini kepada agensi-agensi berkuasa tempatan dan negara jiran bagi sama-sama memastikan orang ramai boleh membuat perjalanan tanpa sebarang masalah.

 

Bagi pemohon-pemohon yang telahpun dikeluarkan resit sebelumnya oleh cawangan JPD semasa membuat permohonan, bolehlah datang ke cawangan JPD yang berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam resit tersebut untuk mendapatkan Kad Lesen Memandu mereka.

 

Dalam kesempatan ini pihak JPD juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi akibat daripada gangguan teknikal tersebut.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenainya orang ramai boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, JPD menerusi talian +673 2451979 / + 673 2451980 sambungan 107 atau menerusi talian +673 2420846 atau melalui e-mel di alamat '[email protected]' atau menghubungi Talian Darussalam 123.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30