FacebookInstagramTwitterContact

 

Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>           Rabbit denies claims that its R1 virtual assistant is a glorified Android app           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Peserta PMB Kunjungi Agensi Kerajaan Dan Swasta


ROMBONGAN semasa membuat lawatan ke Studio Rampai Pagi di RTB.

 


 December 13th, 2018  |  08:33 AM  |   389 views

BRUNEI MUARA

 

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait hari ini meneruskan Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Bukit Sawat dan Kampung Merangking untuk hari kedua dengan lawatan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta.

 

Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Radio Televisyen Brunei (RTB) di Bandar Seri Begawan.

 

Rombongan yang disertai seramai 52 orang terdiri dari penduduk Kampung Bukit Sawat dan Kampung Merangking itu turut mengadakan lawatan ke Unit Berita, Studio Rampai Pagi dan studio-studio Radio RTB, di samping mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Penerbit (Penolong Penyelaras Perhubungan Korporat) RTB, Awang Haji Jailani bin Haji Othman.

 

Taklimat antara lain menerangkan mengenai peranan RTB sebagai stesen penyiaran kerajaan Negara Brunei Darussalam yang berperanan selaku media penyebar maklumat kerajaan.

 

Rombongan seterusnya melawat Kilang Kingston Beverages, Beribi dan mendengarkan taklimat mengenai peranan dan fungsi syarikat tersebut yang disampaikan oleh Quality Control Kingston Beverages, Gina B. Hermosura. Peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan aiskrim.

 

Pada sesi sebelah petang, para peserta dibawa melawat ke Muzium Teknologi Melayu dan berkesempatan mencuba permainan tradisional masyarakat Brunei, melawat dewan pameran yang menampilkan rumah Kampong Ayer dari tahun 40-an ke 70-an dan juga dewan pameran mengenai bidang pekerjaan masyarakat di Kampong Ayer serta reka bentuk rumah dan peralatan tradisional dari tujuh puak asli Brunei.

 

Seterusnya, rombongan melawat ke Muzium Maritim dan berpeluang menyaksikan khazanah-khazanah arkeologi maritim.

 

Muzium tersebut mula dibina pada 14 Disember 2006 dan siap pada penghujung tahun 2008 dengan menelan belanja BND5 juta.

 

Muzium berkenaan juga mengimbas kembali peranan dan kepentingan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perdagangan yang penting pada suatu ketika dahulu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47