FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cawangan 'B' Juara Kejohanan Sukan Olahraga PPDB


TETAMU Kehormat, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menyampaikan piala kepada Cawangan 'B' yang memenangi juara keseluruhan pertandingan tersebut.

 


 December 14th, 2018  |  12:12 PM  |   391 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Cawangan 'B' menjuarai Kejohanan Sukan Olahraga antara Cawangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Kali Ke-32, Tahun 2018 dengan mengumpul sembilan pingat emas, dua perak dan 10 gangsa sekali gus diumumkan sebagai johan Cawangan Terbaik Keseluruhan.

 

Naib johan disandang oleh Cawangan 'D', manakala tempat ketiga pula disandang oleh Cawangan 'A'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong di sini ialah Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam.

 

Juga hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

 

Sementara itu, bagi acara perbarisan lalu dijuarai oleh Cawangan 'E'.

 

Staf Sarjan 2765 Awang Mohd. Nadrin dari Cawangan 'D' berjaya mengumpul tiga pingat emas dan diumumkan sebagai penerima Piala Olahragawan Tahun 2018, manakala Sarjan Wanita 2957 Dayang Alinawati binti Haji Aliakhbar dari Cawangan 'B' pula berjaya mengumpul tiga emas dan satu gangsa sekali gus diumumkan sebagai penerima Piala Olahragawati Tahun 2018 serta turut diberikan Anugerah Khas Tahun 2018.

 

Seramai 214 ahli pegawai PPDB, iaitu 170 atlet lelaki dan 44 atlet wanita menyertai kejohanan yang mempertandingkan sebanyak 78 pingat.

 

Atur cara kejohanan dimulakan dengan perbarisan lalu lima cawangan yang bertanding, iaitu Cawangan 'A', 'B', 'C', 'D' dan 'E', di mana perbarisan lalu diketuai oleh Penolong Penguasa Polis, Mohammad Fadhillah bin Haji Ibrahim.

 

Tahun ini, sebanyak 26 acara sukan balapan dan padang terbuka dipertandingkan.

 

Tujuan utama kejohanan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan keakraban di kalangan anggota-anggota PPDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07