FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemuliharaan Pantai Sempena Hari Bertindak 2018, Poni Divers - UBD, 16 Disember


PONI Divers semasa memulakan Minggu Kemasyarakatan mereka dengan mengadakan kempen kebersihan dan hiburan umum di Rumah Orang Tua Seria

 


 December 15th, 2018  |  07:08 AM  |   306 views

SERIA

 

Poni Divers memulakan Minggu Kemasyarakatan mereka dengan mengadakan Kempen Kebersihan di Rumah Orang-orang Tua Seria pada Isnin, 10 Disember 2018 lepas. Kempen Kebersihan tersebut menyasarkan pembersihan kemudahan dan taman-taman di premis itu.

 

Pengarah Urusan Poni Divers, Awang Mohd. Tahsin Wong bin Abdullah @ Wong Thye Sing mengetuai pasukan seramai 31 orang pada kempen tersebut.

 

Acara dimulakan dengan persembahan muzik daripada Akademi Muzik Expression, Kiulap, khusus bagi menghibur para penghuni rumah berkenaan.

 

Awang Mohd. Tahsin Wong turut menjelaskan, aktiviti membersihkan Rumah Orang-orang Tua tersebut dilakukan sebagai aktiviti tahunan Poni Divers, di samping mewujudkan kesedaran mengenai rumah tersebut yang ditubuhkan sejak tahun 1957.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi Rumah Orang-orang Tua Seria, David Teo dan Naib Warden, Loo Soo Nin.

 

"Kempen kebersihan dan lawatan yang dijalankan merupakan peluang bagi kami untuk menceriakan kehidupan orang tua dan menjadikan rumah mereka lebih selesa, selain untuk menyokong dan bekerjasama dengan komuniti dan badan amal lain. Kami juga berharap dapat memberikan penghargaan terhadap usaha setiap orang dalam memperbaiki masyarakat kita," tambah Awang Mohd. Tahsin Wong.

 

Mengenai dengan aktiviti akan datang Poni Divers, Awang Mohd. Tahsin Wong menjelaskan, Poni Divers pada tahun ini menjalankan penstrukturan semula, mengembangkan, membangunkan dan meningkatkan perkhidmatannya dan aset syarikat, manakala pada tahun 2019 nanti, mereka bakal merasmikan cawangan di Kuala Belait dan beberapa perkembangan baharu yang menarik lainnya.

 

Minggu Pakej Komuniti Poni merupakan idea Pengarah Pembangunan Perniagaan, Poni Divers, Anna Aziz, yang meliputi tujuh hari acara komuniti & CSR, beberapa minggu mempromosi dan memotivasi penyertaan daripada kakitangan dan orang ramai untuk terlibat sama dalam aktiviti kemasyarakatan.

 

"Saya berharap dapat melaksanakan Minggu Kemasyarakatan ini sebagai acara tahunan syarikat kami dan dalam masa yang sama memotivasi juga menarik minat organisasi lain untuk terlibat sama," ujar Anna Aziz.

 

Poni Divers giat memperluaskan usaha pemuliharaan mereka dan sedang membangunkan beberapa program baharu yang akan dilancarkan ke sekolah-sekolah dan kolej seluruh negara.

 

Baru-baru ini, Poni Divers mengadakan pembersihan Pantai Jerudong, iaitu sebagai sebahagian daripada Pembersihan Pantai Antarabangsa.

 

Pada acara Minggu Kemasyarakatan Poni Divers 16 Disember ini, mereka akan menjadi tuan rumah bersama Universiti Brunei Darussalam pada acara Pemuliharaan Pantai sempena Hari Bertindak (Day of Action) 2018.

 

Pendaftaran bagi acara Pemuliharaan Pantai masih dibukakan dan kepada mereka yang berminat untuk ikut serta bolehlah menghubungi Nazmi di talian +673 814 8929.

 

Ia akan disusuli dengan acara Ceramah berkaitan dengan Pemuliharaan Kehidupan Laut dan mengongsikan kepentingan terumbu karang di ekosistem, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu-isu marin yang dihadapi di negara ini.

 

Manakala atur cara bagi Minggu Pesta Komuniti Poni nanti, mereka akan menaja sekumpulan anak yatim menyertai aktiviti Sukan Laut dan BBQ di Pantai Serasa; mengadakan kempen derma darah; dan menyokong SMARTER Brunei dengan mempromosi dan menjual produk buatan mereka.

 

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembersihan pantai secara teratur; pembersihan pukat hantu bawah air; ceramah sekolah; bengkel pemuliharaan snorkel dan marin untuk kumpulan atau sekolah awam; program perkongsian kepentingan terumbu karang bersama sukarelawan; atau untuk menjadi sukarelawan Poni Divers; dan acara Poni Community Outreach Week, orang rami bolehlah menghubungi Shasha melalui talian +673 719 9322.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07