FacebookInstagramTwitterContact

 

By Command of His Majesty           >>           Megan Fox Ditches Jedi-Inspired Look To Debut Bangin' New Hair Transformation           >>           Messi Proves Difference-Maker To Power Miami Past Red Bulls           >>           ISL 2023-24 Player Of The Season: Lallianzuala Chhangte, Mumbai City's Man For The Big-Game           >>           Messi Gets 5 Assists, Scores A Goal To Lead Miami's Rout Of Red Bulls           >>           Ronaldo Records 4th Hat Trick Of Season In Al Nassr Rout           >>           Barcelona Win Fifth Liga F Title In A Row, Eye First Quadruple           >>           Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dua Penyair Negara Sertai Festival PULARA


PENGARAH dan Pengerusi Majlis Festival PULARA 9, Prof. Dato Malim Ghozali PK.

 


 December 15th, 2018  |  07:11 AM  |   223 views

PERAK

 

Festival PULARA atau Festival Puisi Lagu Rakyat yang diadakan pada setiap tahun sejak Disember 2010 di Negeri Perak, Malaysia mengumpulkan penyair-penyair dari beberapa negara.

 

Pada tahun ini, Festival PULARA mengundang dua penyair Negara Brunei Darussalam, iaitu Sosonjan A. Khan dan Dr. Chong Ah Fok.

 

Festival PULARA yang diadakan di Perak, Malaysia tersebut bermula pada 28 November hingga 2 Disember, di mana matlamat festival itu dianjurkan adalah untuk memperkenalkan lagu-lagu puisi dan lagu rakyat ke peringkat antarabangsa, di samping, mengeratkan lagi hubungan di antara para peserta dalam acara tersebut.

 

Antara negara yang turut menyertai Festival Pulara Kali Ke-9 ini ialah Amerika Syarikat, Brunei Darussalam, China, Filipina, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Singapura, Tunisia, United Kingdom dan lain-lain.

 

Majlis Pembukaan Festival PULARA dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal Dato Azumu. Pada majlis yang penuh gilang gemilang itu beberapa persembahan kebudayaan dapat disaksikan, di samping beberapa persembahan daripada para penyair.

 

Di samping itu, para peserta jemputan juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Negeri Perak seperti Istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Gua Tempurung di Gopeng, Lata Kinjang di Tapah juga taman permainan MAPS. Para peserta juga berpeluang mendeklimasikan puisi masing-masing, di samping menikmati hidangan masakan tradisional Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

Menurut Pengarah dan Pengerusi Majlis Festival PULARA 9, Prof. Dato Malim Ghozali PK, sejak PULARA 1 bermula pada bulan Disember 2010 sudah kelihatan tanda-tanda bahawa ia bakal muncul sebagai satu ikon bagi pertemuan seni sastera budaya dan telahan itu ternyata menjadi realiti, yang mana setiap tahun bilangan negara dan peserta kian bertambah, di sini para penyair dunia mengambil serius PULARA sebagai tempat bertemu, berbicara tentang seni dan sastera juga membina jaringan kerja.

 

Sebanyak tujuh kumpulan seni puisi, iaitu yang menghimpunkan sajak-sajak yang pernah dibacakan di PULARA diterbitkan hingga kini. Sajak-sajak bahasa asing yang diterjemahkan ke bahasa Melayu turut dimuatkan dalam kumpulan yang keenam dan ini sesuai dengan sifat antarabangsa PULARA.

 

Mulai tahun lalu, sajak-sajak pilihan sudah didendangkan sebagai lagu puisi dalam album yang ditangani oleh beberapa orang komposer dan usaha itu diteruskan pada edisi kali ini.

 

Pada Edisi Ke-9 kali ini, ia mempertemukan para penyair dan budayawan dari 23 buah negara bagi meneruskan kelangsungan acara ini. Para penonton juga berpeluang mendengar bacaan puisi daripada penyair berbilang bangsa dalam bahasa ibunda masing-masing.

 

Persembahan kebudayaan memperlihatkan kehalusan seni tari dan lagu rakyat dari rantau ini. Kendatipun bahasa seni adalah langgam kemanusian sejagat yang tidak sukar untuk difahami.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07