FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SSEAYP Bina Persefahaman Belia Serantau


TETAMU kehormat majlis, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed menyambut kepulangan kontinjen Brunei Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-45 di Ruang Tiba, Lapangan Antarabangsa Brunei.

 


 December 15th, 2018  |  07:19 AM  |   328 views

BERAKAS

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam bagi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-45, 2018 selamat pulang ke tanah air lewat malam tadi setelah menamatkan program sepanjang 52 hari yang bermula pada 23 Oktober lalu.

 

Kepulangan peserta SSEAYP negara seramai 28 orang belia yang diketuai oleh Awang Haji Muhammad Iqbal Fakhri bin Haji Damit selaku Ketua Kontinjen di Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed.

 

Turut hadir mengalu-alukan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.

 

Salah seorang peserta program, Muhammad Wafiy bin Haji Norhalim, 24 tahun semasa ditemui mengongsikan antara pengalaman paling bermakna bagi beliau semasa menyertai SSEAYP ialah dalam pertukaran kebudayaan, pengalaman dan pengetahuan bersama para peserta belia dari negara-negara lain.

 

Manakala, antara cabarannya pula jelas beliau ialah ketika mengalami ‘sea sickness’ semasa dalam pelayaran yang menggunakan Kapal Nippon Maru.

 

Sementara itu, Dayang Nurharzelah @ Nurfazelah binti Yakub, yang merupakan lepasan Universiti Teknologi Brunei menganggap penyertaannya dalam SSEAYP ini banyak membuka mata dan mindanya untuk berfikir ke arah yang lebih luas.

 

Menurutnya, apa yang dipelajari daripada program tersebut ialah untuk mengadaptasikan diri dan mengenali adat budaya, cara kehidupan dan pergaulan peserta-peserta negara lain selain untuk membina kesefahaman antara satu sama lain.

 

“Salah satu perkara mustahak yang saya tanamkan dalam diri ialah jangan menilai seseorang dari luarannya. Justeru itu, antara cabaran utama ialah untuk mendekati seseorang itu, dan cuba untuk mengenali latar belakangnya, dari situlah kita boleh mengetahui personaliti seseorang itu dari dalam dan bukan dilihat dari luaran,” ujarnya.

 

Melalui program tersebut juga tambahnya, ia dapat membantu dirinya dalam kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai.

 

Rancangan Kapal Belia tersebut merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun bermula sejak 1974 dengan tujuan bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia-belia ASEAN dan juga Jepun, di samping mempelajari adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara.

 

Tahun ini merupakan penyertaan Negara Brunei Darussalam kali ke-33.

 

Sejak penyertaan negara dari tahun 1984 hingga tahun 2018, seramai 1029 orang belia telah menyertai program berkenaan.

 

Sepanjang program itu, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi perbincangan bersama para peserta dari negara lain dan juga persembahan kebudayaan dari setiap kontinjen, di samping menyertai seminar untuk mempersembahkan dan memperlihatkan budaya-budaya Brunei serta Program Keluarga Angkat di setiap persinggahan.

 

Negara-negara yang menyertai program tersebut ialah Brunei Darussalam, Filipina, Republik Indonesia, Jepun, Kemboja, Lao P.D.R, Malaysia, Myanmar, Republik Singapura, Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam.

 

Program dimulai dari  Jepun dan singgah ke beberapa buah negara ASEAN yang dipilih oleh pihak penganjur, iaitu Negara Brunei Darussalam, Manila (Filipina), Bangkok (Thailand), Ho Chi Minh (Viet Nam) dan akan berakhir di Tokyo, Jepun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07