Home > Bahasa Melayu
Naira Zaheerah Binti Abdullah Yong Kenali Islam Sejak Di Bangku Sekolah
DAYANG Leady Elezebard melafazkan Dua Kalimah Syahadah dan memilih nama Islam, Dayang Naira Zaheerah binti Abdullah Yong
December 15th, 2018 | 07:35 AM | 375 views
TUTONG
Pendedahan kepada agama Islam sejak di bangku sekolah malahan turut menghadiri Sekolah Ugama sesi petang, di samping dorongan daripada rakan-rakan yang beragama Islam telah menguatkan keinginan seorang perempuan berbangsa Cina memilih Islam sebagai pegangan hidupnya.
Majlis Pengislaman bagi Dayang Leady Elezebard diadakan di kediaman Dato Paduka Awang Haji Mohammad Aziyan bin Abdullah di Kampung Batang Mitus, Mukim Kiudang, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz dua kalimah syahadah oleh Dayang Leady Elezebard di hadapan pegawai-pegawai dari Unit Da’wah Tutong, Pusat Da’wah Islamiah dan telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Naira Zaheerah binti Abdullah Yong.
Saudara baharu diraikan dengan Dikir Marhaban dan bunga rampai, dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat daripada Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Ketua Imam Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Awang Haji Mahri bin Haji Metussin.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong.
Sejak Januari hingga November 2018, statistik orang yang memeluk agama Islam di seluruh negara ialah seramai 359 orang, yang mana seramai 92 orang dari Daerah Tutong dan 61 orang daripadanya terdiri dari bangsa Cina.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]