Home > Bahasa Melayu
Rombongan Perhimpunan Pengakap Kelana Lawat PPDB
ROMBONGAN Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 (1st ASEAN Rover Moot 2018 – 1st ARM) bergambar ramai bersama Pasukan Polis Diraja Brunei
December 16th, 2018 | 07:06 AM | 368 views
GADONG
Rombongan Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN Kali Pertama 2018 (1st ASEAN Rover Moot 2018 – 1st ARM) mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Gadong.
Rombongan yang disertai seramai 41 perwakilan Pengakap Kelana yang terdiri daripada negara-negara ASEAN itu diketuai oleh Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong, ACP (B) Haji Murad bin Haji Abdul Hadi.
Lawatan tersebut dimuatkan dengan taklimat mengenai sejarah PPDB serta perkembangannya yang diadakan di Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Polis berkenaan.
Rombongan kemudian dibawa ke Pusat Latihan Polis bagi menyaksikan latihan kursus motosikal yang dikendalikan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) serta diakhiri dengan lawatan ke Pameran Muzium Polis PPDB.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]