FacebookInstagramTwitterContact

 

Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AMBD Patuhi Piawaian Antarabangsa


ANTARA yang menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Ke-39

 


 December 18th, 2018  |  11:38 AM  |   177 views

BAHRAIN

 

Mesyuarat Lembaga Pengarah Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Ke-39 diadakan baru-baru ini di Bahrain dan antara yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah wakil-wakil dari pengasas dan anggota tetap Bank Pusat Bahrain (CBB); Bank Indonesia (BI); Bank Pusat Sudan (CBOS); Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dan Bank Pembangunan Islam (IsDB) serta wakil anggota institusi kewangan dalam Lembaga IIFM.

 

Ahli-ahli Lembaga Pengarah menghargai usaha-usaha IIFM yang telah menyumbang dalam memudahkan aliran perdagangan terutamanya dalam pasaran merentas sempadan menerusi standard dokumentasi dan template produk mengenai Perlindungan nilai Islam dan Pengurusan Likuiditi dengan menyediakan perkhidmatan cekap, telus, kos efektif dan diterima secara meluas oleh Piawaian Dokumentasi Kewangan Patuh Syariah yang telah dibangunkan dengan perundingan bersama industri di bawah bimbingan ilmuan Syariah yang terkenal di Lembaga Syariah IIFM yang mewakili 10 bidang kuasa yang berlainan.

 

Menurut Pengerusi IIFM, Khalid Hamad Abdulrahman, IIFM telah mendapat banyak kredibiliti dan mencapai tahap kematangan dengan pencapaian yang baik namun masih terdapat keperluan untuk mendapatkan piawaian tersebut untuk digunakan secara lebih aktif oleh pemain pasaran yang lebih luas yang hanya akan terjadi jika ada sokongan yang kuat dari pengawal selia, terutamanya dalam pasaran perbankan Islam di seluruh GCC dan Asia.

 

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh IIFM memaparkan peningkatan ketara dalam penggunaan Piawaian IIFM oleh institusi kewangan dan pemain pasaran lain yang aktif dalam kewangan Islam. Walau bagaimanapun, lebih banyak penembusan masih diperlukan untuk mencapai tahap pelaksanaan yang dikehendaki.

 

Sebagai sebahagian daripada Pelan Strategik 3 Tahun (2017 - 2020), pada tahun ini, IIFM memulakan program kesedaran mengenai Piawaiannya dengan mengadakan beberapa seminar yang disokong oleh pengawal selia di Bahrain, Kuwait, UAE dan Malaysia dan usaha tersebut akan diteruskan dengan menganjurkan lebih banyak seminar dan perbincangan meja bulat yang disokong oleh pengawal selia di bidang kuasa yang berbeza pada tahun 2019.

 

Untuk meningkatkan lagi jangkauan Piawaiannya, terjemahan Standard IIFM dalam bahasa lain yang bermula dari bahasa Perancis, Bahasa Indonesia dan bahasa Turki telah diluluskan pada mesyuarat itu dan Lembaga juga mengakui kemajuan yang dibuat dengan bekerjasama bersama perunding dan institut latihan untuk menyediakan bahan latihan pada Piawaian IIFM.

 

Kadar rujukan tanda aras Islam dan keperluan untuk penyelidikan lanjut dalam bidang tersebut juga dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

 

Menjadi ahli IIFM, Brunei Darussalam dapat memanfaatkan template dan piawaian yang diperkenalkan untuk memastikan bahawa rangka kerja dan dasar pengawalseliaan Syariah yang dikeluarkan oleh AMBD adalah mengikut amalan terbaik dan piawaian antarabangsa.

 

IIFM adalah badan penetapan Piawaian Industri Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSI) yang memberi tumpuan kepada penyeragaman kontrak kewangan Islam dan template produk berkaitan dengan Modal dan Pasaran Wang, Kewangan Korporat dan Perdagangan Kewangan segmen IFSI.

 

IFFM, yang berpusat di Bahrain, dan dihoskan oleh CBB, ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai institusi pembangunan infrastruktur yang neutral dan bukan berasaskan keuntungan hasil usaha kolektif daripada IsDB, AMBD, BI, Bank Negara Malaysia (yang diwakilkan kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan) dan CBB.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai IIFM dan aktiviti-aktivitinya, sila layari 'www.iifm.net'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07