FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BMC Temburong Chapter Tingkatkan Iklim Pelancongan


SIDANG Media mengenai Brunei Mountain Bike (BMC) 2018, Temburong Chapter bersama Setiausaha Agung Persekutuan Basikal Brunei Darussalan (PBBD), Awang Omar Ali bin Haji Ibrahim.

 


 December 19th, 2018  |  08:23 AM  |   219 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Mountain Bike (BMC) 2018, Temburong Chapter adalah perlumbaan Mountain Bike Cross Country Marathon (XCM) yang merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Tum Tum Cycle Event Management dengan kerjasama Persekutuan Basikal Brunei Darussalam (PBBD).

 

Ianya akan diadakan selama dua hari mulai 22 Disember ini di Daerah Temburong.

 

BMC pertama kali diadakan pada April 2017 di Brunei Muara, dinamakan BMC Lugu Chapter diikuti oleh BMC Temburong Chapter pada Disember 2017.

 

Sejak daripada itu, ia menjadi acara yang paling dinantikan oleh pelumba-pelumba basikal, khususnya 'mountain bike' dalam kalendar berbasikal di negara ini.

 

Ia juga disenaraikan dalam kalendar Brunei December Festival (BDF) yang disokong oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan Pejabat Daerah Temburong.

 

Setiausaha Agung PBBD, Awang Omar Ali bin Haji Ibrahim semasa sesi sidang media yang diadakan di Bilik Dayasaing, Jabatan Kemajuan Pelancongan seterusnya menjelaskan, kejohanan dibukakan untuk orang ramai dari dalam dan luar negara.

 

"Dengan Temburong yang dikellingi oleh hutan semula jadi yang unik, peserta akan berbasikal melalui kampung-kampung seperti Kampung Bokok, Batang Duri, Kampung Lepong dan Pekan Bangar dengan jarak perlumbaan sejauh 42 kilometer. Peserta akan melalui laluan yang lasak dan bukit-bukit yang mencabar dengan ketinggian 674 meter," jelasnya.

 

Menurutnya, perlumbaan akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Men Open (16-39 tahun); Men Master (40-49 tahun); Men Veteran (50 tahun ke atas); Women Open (16 tahun ke atas) dan Challenge Ride (16 tahun ke atas).

 

Antara objektif perlumbaan adalah untuk menjadikan Daerah Temburong sebagai salah satu destinasi pelancongan dengan adanya penganjuran kejohanan seumpamanya.

 

Adalah dihasratkan melalui penganjuran kejohanan tersebut akan dapat meningkatkan iklim pelancongan di negara ini dan meningkatkan 'Niche Market' di daerah pertumbuhan ekonomi negara.

 

Selain itu, ia adalah untuk meningkatkan prestasi pelumba-pelumba tempatan dan perkembangan sukan berbasikal di Daerah Temburong.

 

Sekretariat perlumbaan akan dibuka di Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Temburong untuk pendaftaran dan pemeriksaan serta pengambilan 'transponder' pada hari itu nanti.

 

Sementara taklimat wajib akan diadakan dengan kehadiran Panel Commissaries yang dijadualkan pada 22 Disember ini, jam 4.00 petang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06