FacebookInstagramTwitterContact

 

The Power Of Herbs For Health And Well Being: Unlocking Nature’s Pharmacy With Richard Lucas’ “Miracle Medicine Herbs”           >>           A Culinary Journey Through Nature’s Bounty: “The Produce Bible” By Leanne Kitchen And Deborah Madison           >>           Kate Walsh’s Nearly-Naked Dress At Paris Fashion Week Is Beyond Mcsteamy           >>           Entourage's Kevin Connolly Is Engaged To Girlfriend Zulay Henao           >>           Real Madrid Ask To Delay Laliga Opener Due To CWC – Sources           >>           Kylian Mbappé Drops PSG Harassment Case, Seeks Resolution           >>           UEFA Reject Real Madrid Appeal Over Mbappé, Rüdiger Fines           >>           Tottenham Transfers: Japan Star Kota Takai Completes Move           >>           One Game In And England's Euros Defence Is In 'Must-Win' Territory           >>           Trump Delays Tariffs As The Rest Of The World Plays Hardball           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelajari Urus Tadbir Perumahan Di Brunei


PENGARAH Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, Haji Mursidi Sapie menanam pokok sempena lawatan ke Rancangan Perumahan Negara Lugu.

 


 December 20th, 2018  |  07:51 AM  |   601 views

MUKIM SENGKURONG

 

Keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus tadbir pembinaan perumahan di negara ini mendapat perhatian rombongan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Negeri Sabah.

 

Rombongan JPBW yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mursidi bin Haji Sapie mengadakan lawatan ke Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lugu, Mukim Sengkurong sebagai salah satu program lawatan yang terkandung dalam acara kunjungan rasmi ke Negara Brunei Darussalam, selama empat hari sejak 17 Disember lalu.

 

Acara lawatan didahului dengan mendengar taklimat mengenai Skim Perumahan Negara dan sejarah wujudnya skim berkenaan dan juga pencapaiannya disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, diikuti dengan tayangan video dan sesi soal jawab.

 

Rombongan seterusnya dibawa meninjau kawasan perumahan dan berkesempatan menanam pokok sebelum singgah ke salah sebuah rumah jenis kluster kepunyaan keluarga pasangan Dayang Mazlinah binti Jeludin dan Awang Mohammad Azarin bin Haji Wahid.

 

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Haji Mursidi mengongsikan antara tujuan lawatan ke perumahan tersebut, iaitu mempelajari serba sedikit tentang cara-cara Kerajaan Kebawah DYMM mengurus tadbir perumahan di negara ini, yang mana dari tinjauan mereka, sudut 'layout' dan pembinaan rumah-rumah tersebut sangat mengagumkan dan menjurus kepada kehendak rakyat itu sendiri.

 

Melalui lawatan ini, tambahnya, akan menjadi inti pati yang boleh kami bawa untuk mengurus tadbir dan menyediakan perumahan kepada rakyat, terutamanya di Negeri Sabah.

 

RPN Lugu mempunyai sejumlah 1,000 unit rumah kluster di mana empat unit rumah kluster bagi setiap blok dengan keluasan 130 meter persegi bagi setiap unit. Setiap unit mempunyai empat bilik tidur dengan tiga bilik air termasuk bilik tamu, bilik makan dan dapur serta dua tempat letak kereta beratap.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ex-Bangladesh Leader Authorised Deadly Crackdown, Leaked Audio Suggests

 2025-07-09 09:18:15

Trump Delays Tariffs As The Rest Of The World Plays Hardball

 2025-07-09 09:42:22