Home > Bahasa Melayu
Jalani Aktiviti Tidak Bermoral : Warga Filipina Diberkas
December 21st, 2018 | 07:09 AM |
398 views
BRUNEI MUARA
Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral.
Serbuan yang dijalankan berhasil memberkas seorang wanita warga asing di sebuah flat, kawasan Kampung Kianggeh dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.
Semasa serbuan, pihak Polis menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan tersebut.
Suspek wanita, bernama Maria Junabel Virtudazo, berumur 32 tahun, warganegara Filipina bersama semua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]