Home > Bahasa Melayu
Bengkel Power Up Terapkan Pengambaran Mengikut Belanjawan
December 21st, 2018 | 07:11 AM |
178 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Brunei Film Blitz telah menganjurkan Bengkel Power Up sebagai sebahagian inisiatif untuk menggalakkan industri perfileman di Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Mahakarya Institute of the Arts Asia.
Antara perisian Bengkel Power Up ialah Director DNA; Sonic Cinemascapes; Kelas Survival 96 Jam Filem Blitz; Pengambaran mengikut belanjawan, Gambar Bersuara and Pengarahan aktor dalam skrin.
Bengkel Power Up meliputi pelbagai disiplin pembuatan filem dan para peserta diperkenalkan kepada konsep yang mempromosikan penciptaan kandungan yang mampan di Negara Brunei Darussalam.
Peserta bengkel 'Pengambaran mengikut belanjawan' telah diperkenalkan kepada aspek utama ekonomi pengeluaran filem.
Dari pertimbangan skrip hingga strategi promosi dalam talian, peserta belajar bagaimana untuk menganggarkan kos pengeluaran dan membangun aliran pendapatan yang berdaya maju bagi pasaran kecil seperti di Brunei Darussalam.
Kerana pengalaman adalah guru terbaik, Blitz Film Brunei turut membiayai projek 'Eco-Blitz'.
Melalui inisiatif tersebut, peserta telah diberi subsidi belanjawan kecil untuk menghasilkan video selama satun minit dengan tema persekitaran.
Matlamat latihan tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kos yang berkaitan dengan pengeluaran filem.
'Eco Blitz' juga akan mempersiapkan peserta bagi acara 96 Jam Filem Blitz yang dijadualkan pada 24 hingga 28 Disember 2018.
Pengarah Festival, Siti Kamaluddin menjelaskan, "pasaran kecil tidak bermakna kita berhenti menceritakan kisah kita dan mempromosikan perfileman kita. Itu menandakan kita mengusahakan dalam keupayaan pasaran kita sehingga mampu menghasilkan kandungan yang memenuhi keperluan penonton global dan berkongsi pasaran dengan pasaran filem global."
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]