FacebookInstagramTwitterContact

 

Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>           At Least 78 Dead And Dozens Missing In Texas Floods As More Rain Looms           >>           How An Al-Qaeda Offshoot Became One Of Africa's Deadliest Militant Groups           >>           How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses           >>           You-C1000 Basketball Cup           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persiapan Menjelang Persekolahan Disediakan Awal


ANTARA peralatan sekolah yang telah dibeli untuk anak-anak bagi persediaan kembali ke sekolah

 


 December 21st, 2018  |  08:52 AM  |   400 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Musim cuti penggal persekolahan ke-4 akan berakhir tidak berapa lama lagi dan ini bermakna musim persekolahan penggal pertama bagi Tahun 2019 akan bermula pada 2 Januari 2019.

 

Justeru itu, sekolah -sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bakal menerima kemasukan pelajar-pelajar baharu.

 

Sudah setentunya ibu bapa dan para penjaga mula sibuk dengan membuat persiapan persekolahan bagi anak masing-masing untuk kembali ke alam sekolah.

 

Sebelum menjejaki alam persekolahan, sudah setentunya keperluan peralatan sekolah seperti buku latihan, teks dan buku tulis, di samping alat-alat tulis serta beg sekolah sudah sedia dibeli mengikut kemahuan dan kemampuan masing-masing.

 

Selain dari itu, ibu bapa dan penjaga juga sibuk membeli pakaian seragam sekolah yang siap dipakai dan tidak kurang juga sebahagian ibu bapa dan penjaga lebih gemar membuat tempahan pakaian seragam sekolah di kedai jahit mengikut ukuran badan yang dikehendaki.

 

Dalam pada itu, Pelita Brunei sempat menemu bual sebahagian ibu bapa dan penjaga yang masih sibuk membeli keperluan sekolah sebagai persediaan persekolahan.

 

Dayang Nour Kayla binti Khotip dari Kampung Kiulap berkata, "Persediaan peralatan dan buku sekolah sudah sedia memandangkan ibu dan bapa saya membeli pada awal bulan Disember kerana mereka tidak suka membeli di saat akhir dan dalam keadaan berebut-rebut."

 

Menurutnya lagi, kedua ibu bapanya memang tidak cerewet membelikan peralatan sekolah mengikut kemahuan beliau dan adiknya yang berusia empat tahun.

 

Sementara itu, Dayangku Khairunnisa binti Pengiran Ibrahim pula menjelaskan, beliau akan memastikan segala peralatan dan persediaan sekolah untuk kedua-dua anaknya terlaksana dan tersedia sebelum menjelang penggal persekolahan.

 

Jelasnya, yang juga berasal dari Kampung Kiulap berkata, beliau telah pun sibuk membeli semua keperluan sekolah anaknya sebaik sahaja diberikan senarai buku termasuk seragam sekolah yang diberikan oleh pihak sekolah anaknya.

 

Tambahnya, itu kerana beliau tidak mahu menjadi kelam kabut menyediakan peralatan sekolah.

 

Beliau melahirkan harapan agar kedua-dua anaknya akan belajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu demi masa depan mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58