FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>           Goodwill Visit           >>           Announce Appointment           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau Persiapan Sekolah Menengah Arab Baharu


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ketika membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan Sekolah Menengah Arab Kampong Rimba yang baru.

 


 December 21st, 2018  |  08:57 AM  |   1139 views

RIMBA

 

Institusi dan pendidikan persekolahan Arab di negara ini sentiasa dititikberatkan agar hala tuju pendidikan ugama dapat dicapai bagi melahirkan para ulama yang benar-benar mahir ilmu ugama.

 

Sehubungan itu, sebuah lagi Sekolah Menengah Arab dijangka akan dapat digunakan pada tahun hadapan apabila kerja-kerja pembinaannya selesai dalam sedikit masa lagi.

 

Bagi meninjau kemajuan kerja-kerja terakhir pembinaannya, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman telah membuat lawatan kerja ke tapak pembinaan Sekolah Menengah Arab Kampung Rimba yang baharu.

 

Di sepanjang lawatan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan telah diberikan taklimat oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Md. Rozaiman bin Haji Abdul Rahman.

 

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail.

 

Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat dan rombongan meninjau beberapa prasarana sekolah berkenaan antaranya dewan kuliah, bilik-bilik darjah, makmal sains, asrama penuntut, bilik pentadbiran dan perpustakaan serta surau sekolah.

 

Sekolah Menengah Arab Kampung Rimba tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2018 ini yang akan menempatkan seramai 2,000 orang pelajar dengan dilengkapi kemudahan bilik-bilik darjah; makmal sains dan bahasa; bilik 'Lecture Hall', dewan serbaguna; bilik pentadbiran dan bilik guru-guru; perpustakaan; asrama; surau; kantin dan 'Grandstand' padang.

 

Bangunan tersebut turut dilengkapi dengan alat-alat keselamatan dan sekuriti serta menempatkan bilik pengawal keselamatan di pintu-pintu masuk / keluar sekolah berkenaan.

 

Pada masa ini, terdapat sebanyak tujuh buah Sekolah Arab di seluruh daerah, iaitu empat buah di Daerah Brunei dan Muara dan sebuah Sekolah Arab masing-masing di Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PelitaBrunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30